Saturday, December 29, 2012

#2 when picture Speaks

0 comments

Ambil hikmah, bukan terus kata mereka ini salah!

henshin TIADA Gunanya kalau....

0 comments
terang- terang, manusia tersuluh cahaya benderang,
gelap-gelap, dibayangi dunia insan tersilap.

Tadinya, secangkir teh sariwangi dan sepinggan cucur menemani saat-saat ghurub(terbenam) matahari di ufuk barat. Aura panasnya membugar seperti dapat melawan kedinginan petang yang dihujani air-air yang turun dari langit Ilahi. Terasa nikmat sebentar, saat duduk-duduk menunggu azan akan berkumandang. Fikiran tertumpu kepada pencarian 1001 hikmah yang terselindung di muka bumi Allah ini lebih-lebih lagi di muka bumi Pak Hamka.

" Ni lah istimewanya kalau kuliah di Uni Kristian ini, tiap hujung tahun pasti cuti menjangkau ke awal tahun baru masihi"

"Adala gaya mcm cuti winter atau summer klau duduk negeri atas angin.tapi ini versi Nusantara"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau hati ini boleh dibuat kompartmen, dibuat laci, ditambah extra features contoh tempat hanger, pasti akan diletakkan segalanya dari sejarah nostalgia dulu-dulu, komitmen, keinginan, dan sebagainya.

"Alhamdulillah, ada seorang abang, telah menunjukkan ke mana haluan hidup ini harus diarahkan. Sekarang  baru aku mengerti, hidupkan islam dalam diri kita, bukan tercetak sebagai retorik semata. Kini kompartmen dalam hati ini perlu aku rombak semula, akan kuletakkan ianya tertinggi sekali bahagiaannya"

orang yang tiada kehidupan, ialah orang yang tiada prioriti dalam hidupnya- Dr Muhaya

Kesedaran kian berputik. Usaha dan doa tidak putus-putus dilakukan agar hidayah ini terus melembutkan hati-hati ini dan menggerakkan kita sebagai muslim. Namun kita terlupa, untuk meminta kekuatan dari-Nya kerana sesungguhnya dunia ini kuat pengaruhnya bahkan boleh jadi dominan ke atas kita.

Dalam hidup ini, itulah medan aplikasi untuk ilmu yang didapatkan, melihat sekuat dan bererti apakah jiwa-jiwa yang ditarbiah. Dalam perjalanan ini, kita bersosial, berpersatuan dan tentunya bergaul dengan makhluk Allah yang hidup di atas muka bumi ini.

Apa yang menyedihkan, ada jiwa-jiwa yang ditarbiah ini terlalai dengan ikhtilat antara lelaki dan perempuan, akhlaknya yang kurang molek untuk dipandang, terabai sesuatu dalam kepimpinan berorganisasi. Sepertinya tiada makna tarbiah itu, dan seolah-olah ada dikotomi antara agama dan personal life?

sudah masanya, shift our mind yang islam is always applicable in our life

Mungkin sudah masanya, bercakap apa yang perlu, hal penting apabila dengan yang berlainan gender, kalau nak berkongsi kita ada lagi sahabat serumah, tu ha, ada family utk luahkan apa-apa masalah. yang lagha tu, x payah la rasanya.

sudah masanya, kita molekkan bicara kita, berhentilah menyinggung perasaan orang lain, dan alangkah baik, klau kita seek to understand people, then to be understood. kalau orang lain x menanggapi kita dengan baik, makanya ada masalah dengan insan itu.

sudah masanya, dalam berorganisasi, kita islamisasi organisasi kita, tidak kira kita ketua atau hanya ahli biasa. contoh mudah, kita berhenti sebentar andai sudah waktu solat, memberi pendapat atau mengkritisi sesuatu pendapat itu tidak menghentam, hadirkan cara yang bersesuaian untuk menanggapi dan sebagainya.

sudah masanya, untuk reconstruct balik dan orientasi semua minda ini sesuai dengan panduan evergreen kita, Quran dan As-sunnah. Tanya diri kita apakah ultimate tujuan kita mahu bersama-sama dalam perjuangan ini, adakah sekadar trend ikut-mengikut, atau kerana ada redha-Nya yang menanti? syukur kita diberikan hidayah untuk memahami erti islam yang sebenar-benarnya, diberikan al-fahmu dalam perjuangan ini. moga-moga terus tsabat sama-sama kita terus titipkan doa.

tidak sesekali meminta untuk menjadi perfect, bahawa sesungguhnya, ibtila' dari Allah tidak akan berhenti kunjung tiba untuk menguji hamba-hamba antaranya, dengan dunia ini yang ramai di kalangan masih menolak kebenaran, ada pula yang mengambil secara sebahagian, dan mengabaikan sebahagian yang lain, atas pagar, melukut di tepi gantang dan semangat fanatisme yang melebih-melebih atas sesuatu yang batil.

Itulah realitinya, dan makanya, itulah resmi kita dipilih untuk berada atas jalan ini.

Islahlah dan men'islahkan ,wahai ansarullah!

p/s Henshin means berubah in jepun, siapa2 yang gemar tengok cerita kamen rider, kt situ henshin ni byk kali digunakan especially nak bertukarlah.

Wednesday, November 14, 2012

Muhasabah maal hijrah

0 comments
salam alaik, hmmm ( tarik nafas )..mulai

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,

Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah. 

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

dikongsi- iluvislam.com

p/s : telah kembali, dari sakit ditelan "black hole". Ruang ini mungkin sudah menjadi ketiga dan keempat dalam carta hati untuk mencurah idea dan perkongsian, Dunia maya, penuh dengan huruf dan aksara, tetapi kuasanya kurang menyengat apabila tiada bahasa badannya. Hanya pendapat. mungkin penulisan bukan ahli bagiku. Tetapi tetap percaya mata pena boleh mengubah pemikiran manusia!

Thursday, July 12, 2012

#1 When PictuRe Speaks

3 comments

-----------------------------------------------------------------------

Subhanallah, hebatnya insan ini, mengimamkan solat bersama-sama orang-orang arab ini yang merupakan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir. insan yang dimaksudkan ialah  Presiden salah sebuah parti politik di Malaysia, iaitu PAS.untuk cerita penuh-source.

apa-apapun, sebagai rakyat Malaysia, berasa berbangga kerana ada rakyat di Malaysia yang menjadi imam untuk pemimpin besar di Mesir ini, mantap.

Wednesday, June 27, 2012

#1 daebak moments

2 comments

 salam mahhabbah

meneliti perjalanan di suatu persinggahan, dua tahun bukan angka yang kecil untuk diperkecilkan jangka masanya. 2 tahun ini, aku menjengah usia remaja dalam atmosfera serba sofistikated. adakala di luar jangkaan. pengalaman yang aku susuri dengan rasa,anjakan paradigma, nilai diri dan tarbiyah mula aku adun serta sematkan dengan baik, agar hari muka nanti menjadi kekuatan buatku sebagai seorang muslim produktif.

pengakhiran dan permulaan.

peperiksaan A-level yang berakhir jumaat lalu, menjadi titik akhir aku menjadi penuntut setia di kolej persediaan ini. Tiada apa yang dapat aku ungkapkan selain kata syukur kepada Ilahi, dikurniakan kesihatan yang baik dan kudrat, berusaha sehabis baik untuk exam yang tempohnya menjangkau hampir dua bulan.

(ehsan styoislam)

Komitmen jitu itu, aku berikan lebih daripada biasa untuk exam perdana ini. Dalam lingkungan itu, mungkin banyak perkara aku terlepas pandang, dari segi tanggungjawab, pemerhatian dan kecaknaan pada perkara sekeliling, seperti isu ummah dan semasa. Tunggu untuk disuap, jarang sekali untuk memberi. Allah, risau juga, pengabaian ini menjadikan diriku zalim, fikirku.

aku menangkis tanggapan mudah mengatakan cemerlang dalam exam adalah segala-segalanya, just an absolute word. Pandangan ini bertitik tolak daripada reversal kepada fitrah manusia yang dirinya adalah bertuhan. Persoalan, adakah ini bermakna kita sudah mengikat diri kita pada sistem secara total tanpa kita sedari, dan di mana Allah dalam diri kita ketika itu?

I'm not scared for the exams,

I'm just scared of the people with excellent means everything. 
As such no Excellent means nothing.
 
ehsan styloislam
perubahan berlaku menjelang exam, bagaimana pula seusai exam?

sebelum exam, kita bersungguh-sungguh untuk meminta kepada Allah agar dipermudahkan, dan berjaya dalam exam tersebut. alhamdulillah, kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah, melalui tidur surau dan qiam, dhuha, solat jemaah. Perkara sunat kerap kita laksanakan. Kita juga menjaga hati sahabat yang lain, jauh sekali menyakiti yang lain sehingga terasa ukhuwah itu. 

maka, selesai bulan exam ini, ayuh kita teruskan doa dan amalan ini sehingga ke akhirnya. Sepatutnya kuatkanlah lagi kebergantungan kita kepada Allah daripada sebelumnya. Jauhkanlah dari berfikir bahawa berakhirnya exam, maka berakhirlah segalanya, dan hilang terus ikatan kita dengan-Nya. Janganlah menjadi seakan-akan iman kita ini adalah exam bukan Allah.
Aku melihat perkara ini persis sama pasca-SPM, aku mengambil iktibar daripada peristiwa itu yang mana ramai sahabatku termasuk aku juga tewas sesudah exam. Kita punya akal, dan hati, maka berfikirlah. Sesungguhnya, benar firman Allah Ta'ala dalam surah Inshirah : 
 
 " Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan)
 yang lain,(7) Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap(8)"

rancanglah masa kita lepas exam ini dengan aktiviti yang bermanfaat, janganlah kita berharap dengan movie sahaja menjadi pengisi masa kosong kita ini haha, masakan banyak lagi aktiviti yang boleh kita mantapkan potensi kita. ini antara yang aku dapat untuk aku isi dan susun dalam jadual cuti untuk watu ni. haha

most anticipated event, nak pergi sangat!

prog. pre-departure, hha, penyampai yang mantap2.

till next time, #2 daebak moments punya entri menanti, insyaallah.

Tuesday, June 5, 2012

Parah: Miskin Harta vs Miskin Iman

3 comments
 salam mujahadah

ingin membawakan kepada anda dan saya, definisi kemiskinan yang sebenar di sisi islam. Sebuah perkongsian daripada -http://www.halaqah.net/

-----------------------------------------------------------------------

Miskin Hati, Iman Lebih Parah Dari Miskin Harta

MANUSIA mempunyai dua tugas utama sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Bagaimanapun, Allah SWT dengan kasih sayangnya tidak membiarkan hamba-Nya yang beriman dalam keadaan terbeban dengan cara mengurniakan panduan penting iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Manusia harus ada Allah SWT dan Rasul dalam hatinya yang menjadi kekuatan dalam kehidupan. Adanya Allah dan Rasul, maka tidak akan ada lagi kebejatan sosial, kepincangan politik dan kemelesetan ekonomi.
Sekiranya kita ada ilmu, ilmu akan menjaga kita, tetapi sekiranya kita ada banyak harta, kita yang akan menjaga harta.

Islam menekankan kejayaan dunia hingga akhirat dan kerana itu Islam menyediakan panduan berkaitan setiap aspek urusan supaya umat dapat menggunakannya sebaik mungkin termasuklah dalam soal mengurus kemiskinan.

Kemiskinan sering dilihat sebagai keadaan yang menyusahkan, tetapi sebenarnya tidak. Kemiskinan mampu memberikan pulangan positif kepada kesaksamaan dari sudut kestabilan ekonomi.

Bayangkan jika semua kaya, apa akan jadi pada sebuah negara? Sudah tentu berlaku lambakan duit yang menyebabkan inflasi dan nilai wang itu akan menjadi rendah. Inflasi juga menyebabkan barangan asasi menjadi mahal dan boleh terjadi untuk membeli sebuku roti memerlukan segenggam duit kertas.

Bagaimanapun, mustahil sebuah negara itu dihuni oleh semua masyarakatnya yang miskin. Secara logiknya, jika ada orang miskin sudah tentu ada orang kaya. Malaysia mempunyai paras kemiskinan yang tertentu berbanding negara lain.

Sunday, April 22, 2012

SeLonGkaR: 'Zero' Kita Di Sana

0 comments
salam mujahadah
----------------------------------------------------------------------

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, memakan harta si polan, menumpahkan darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi itu pahala kebaikannya. Jika sudah habis pahalanya sedangkan dosa kezalimannya belum terbayar, maka akan diambil dosa-dosa orang yang dizalimi itu untuk dibebankan kepadanya lalu dicampakkan dia ke neraka.” (HR Muslim)

Subhanallah, hebat dan gerun membacanya. Kita sudah mempersiapkan segalanya dari segi fardhu ain, amal jariah yang kita katakan sudah cukup dan terlaksana, tapi kita terlupa, adakah dalam persiapan itu, kita tidak pernah menyakiti insan-insan disekeliling kita? tidak logik kita kata tidak, masakan kita hidup bersama-sama mereka.

Pendek kata, habluminallah wa hablumninnas, peliharalah kedua-duanya. insyallah, di akhirat kelak, kita tidak akan MUFLIS dan menyesali ke mana hilang amal kita atau bertambah kali ganda dosa kita nanti.

allahu'alam

Wednesday, April 18, 2012

seketika bersama ustaz Hasrizal Abdul Jamil

0 comments
salam 1 agama :)

hari itu,  dijemput ( sebenarnya memandai nak ikut sebab nak isi kekosongan ) untuk menghadiri sebuah grand dinner satu persatuan yang ahlinya sahabat rapat ana. Pasal bab makanan free, halalan tayiban insyallah mana boleh tinggal dan lupa. rezeki Allah. alhamdulillah

Tetapi dihimpit dengan dillema pertimbangan, kerana pada hari yang sama ada talk dari ustaz Hasrizal abdul Jamil a.k.a Saifulislam.com di kolej, bukan senang nak datang orang-orang alim yang hebat lagi fofular dtg dkt intec ni. Membawakan satu topik yg menjadi konotasi ketika ini, 'Aku terima Nikah Gantungnya.'

setelah membuat penilaian, ana mengutamakan untuk mengikut jamuan itu atas rasional wajib memenuhi jemputan berbanding untuk hadir majlis ilmu, atas rasional lain mungkin atas sebab pemilihan tajuk yang diberikan kepada ustaz bagi ana,

sepertinya sudah bertalu-talu dijadikan isu talk di sini, dan seakan-akan itulah main core isu ketika ini walhal, ada lagi isu yang lebih aula dan patut diketengahkan daripada isu nikah ini, isu kemanusian di palestin, syria,isu potensi remaja dan sebagainya.

Ana mengirakan alangkah bestnya isu-isu ini dikupas oleh orang-orang berfikrah mantap seperti ustaz Hasrizal, x percaya lihat dan baca sahaja blognya, penuh input dan penuh bermotivasi gitu. 

ana tidak membantah lagi menjatuhkan sesiapa, kerana dari suatu sudut, mungkin isunya ada pada nama tajuk bertujuan untuk menarik mad'u atau orang luar untuk join sekaki, tapi pengisian tersurat banyak ilmu yang ingin disampaikan..tidak apa mungkin lain kali ana mendengar madahnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

usai tamat jamuan itu dan bergegas pulang, alhamdulillah diberikan peluang untuk duduk dalam majlis ilmu itu walaupun ketika itu sesi soal jawab, dan kemudian talk itu pun berakhir. sedikit rasa kesal bertapak sebab mantap sungguh olahan idea, dan cara penyampaiannya.

Aufa, sahabat baik 1 sekolah hingga kini, yang turut mengagumi ustaz itu, berkata,' 

apa kata kita jumpa personal dgn ustaz Hasrizal, dh terbuku 1 soalan yang dah lama ana nak tanyakan, alip, kau catalyst utk approach, nnti soalan, aku yang tanyakan, ok?'

Bernas. walaupun malu pada mulanya, tapi hati kuat kata mahu...

Hasil

"ustaz, apakah cabaran terbesar bagi seorang daie sesudah kahwin?"

" hhu,(gelak kecil), cabarannya saya kirakan lebih terbuka lagi, antara kita dapat lihat cabaran daie ini seperti nabi Nuh a.s, walaupun nabi seorang yang aktif berdakwah selama beratus-ratus tahun lamanya, tetapi masih tidak dapat membawa isteri dan anaknya kembali kepada ajaran Allah, "

"Nabi Ayub misalnya, diuji dengan serangan penyakit yang dahsyat, hinggakan menyebabkan isterinya lari daripadanya, Nabi ibrahim, berdakwah kepada raja Namrud, tetapi alangkah sedihnya, bapanya sendiri yang glamour sebagai pembuat berhala turut menentangnya."

begitulah juga cabaran daie seperti insan biasa dalam alam rumahtangga, tanggungjawab dan sebagainya. ada yang senyap sesudah perkahwinan dan sebagainya,generally, ujian dan cabaran kita lebih besar, allahua'alam.

-------------------------------------------------------------------------------------------

jawapan ringkas ustaz Hasrizal yang ditanya ketika sedang menikmati sedikit juadah. Biarpun pada dasarnya wajah ustaz keletihan sbb talk habis 11.45 malam macam, tapi masih mengukir senyuman yang melembutkan sesiapa yang melihatnya.

ingin terus bertanya, tapi cukuplah sekadar itu, ( tulah x nak datang, orang masa program tanya soalan )
insyallah, lepas ini, akan memastikan tiada hal lain yang lebih aula daripada date talk dgn Ustaz Hasrizal haha

allahua'alam

 jadilah tanya soalan personally + dapat tangkap gambar :)

 untuk permintaan, sahabat baik, Aufa, syukran atas soalan, walaupun ada soalan lagi mantap nak ditujukan

p/s: 21 hari lagi, gear 5 dan kena maintain usaha itu, rabbi a'sir wa la tu'asir, 15 insyaALLAH!
      
Friday, April 6, 2012

SeLonGkaR: Dunia dan analogi kapaL

1 comments

Daripada Al-Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya:
"Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan.Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat di atas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat di bawah .

Orang yang berada di bawah naik ke atas untuk mengambil air,mereka mengganggu orang yang tinggal di atas.Kemudian yang berada di atas berkata:"Kami tidak akan membiarkan kamu naik menyakiti kami." lalu orang yang berada di bawah berkata: "Sesungguhnya kami menebuk lubang di bawah untuk mengambil air". 

Kalau mereka menahan 'tangan' mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu,maka selamatlah mereka semuanya,tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja,maka mereka akan tenggelam kesemuanya."

p/s: Yang fahim tentang islam, seharusnya menyampaikan kepada yang belum fahim tentang islam, bukan terus menghukum dan tidak ambil peduli.salam dakwah.

teruskan berkayuh :)

Sunday, April 1, 2012

Word Wisdom : UkhuwahfillaH

3 comments
salam ukhuwah,

fajar pagi mula menyinsing. kebeningan pagi dirasai dengan syukur. nikmatnya pagi ini dengan burung-burung mula memanggil-manggil rakannya untuk terus berkicau, lantas menghadirkan damai. Lihat betapa hebatnya sunnahtullah. Lalu renyai-renyai hujan mula membasahi bumi. Mendung pagi ini. Melihat dengan penuh teliti, titisan demi titisan jatuh ke bumi.

Buat pertama dan ketika itu, sukma turut merasai gerimis yang sedemikian rupa. ironinya. Cuma seketika, fitrah manusia. berusaha untuk mencari redhatillah.

------------------------------------------------------------------------

Pesannya Imam Hasan Al Banna,

"Bahawa hati dan jiwa terjalin dengan ikatan akidah dan akidah adalah ikatan yang lebih kuat dan lebih tinggi nilainya. Persaudaraan adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah teman kekufuran. Kekuatan utama adalah kekuatan persatuan dan persatuan tidaklah akan terjelma tanpa kasih sayang. Serendah-rendah kasih sayang adalah bersihnya hati (salamatus sodri) dan setinggi-tinggi kasih sayang ialah mengutamakan orang lain (ithar)."

-------------------------------------------------------------------------

sudah beberapa kali menjadi penghantar sejati ke lapangan terbang, semalam 1 April adalah yang terbaru. Bagiku, antum bukan kawan kebanyakan, tetapi sahabat anugerah allah untuk bersama dalam perjuangan ini. terbangnya mereka ke Mesir, Jordan, UK, Jepun dan lain-lain, sepertinya berkurang dan berkurang lagi penggerak dakwah islam di bumi Malaysia ini.

Second thought comes.

                "Perginya mereka buat sementara pasti ada hikmahnya. mungkin  memperkuatkan diri dengan ilmu Allah, justeru menjadikan diri bertambah baik dan superb selepas in, dan selepas ini mungkin giliran ku dan sahabat yang masih di sini dengan izin-Nya ke bumi luar. moga kita terus kuat"

insyaallah, suatu masa nanti andai diizinkan, kita akan kembali bekerja bersama dalam medan ini. Kejarlah cita-cita ini kerana-Nya. teruskan usaha menyebarkan syariat islam di bumi Allah ini.

------------------------------------------------------------------------------------

Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Teman-teman akrab pada hari itu (akhirat) sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf; 67) 

Ayuh terus bersinergi !

miss this moment; sahabat, ustaz, kuliah subuh, tarbiyah,sepintar

looking forward alis crew in the future; sementara di INTEC boleh mencoret ukhuwah bersama antum, doa ana agar persahabatan ini fillah.

p/s : less a month for a-level exam, doakan ana~

Wednesday, March 28, 2012

Generalisasi manusia: ditimbang tanpa neraca

0 comments
Salam mujahadah.

"Terima kasih dengan generalisasi manusia. Segalanya yang diaturkan mudah dengan bibit perkataan yang keluar. Jika diiktiraf lagi bagus. kini aku dibelenggu."

Generalisasi, tidak aku katakan itu tiada baiknya. Yakin dan percaya, generalisasi itu perlu dan tertulis. Al-Quran ada tersurat generalisasi yang Allah ungkapkan. Aku ambil itu sebagai pedoman kerana terkandung perintah untuk kulaksanakan sebagai hamba'

......"Ya ayyuha'nas,(wahai sekalian manusia)...."
......" ya ayyuhal lazi naamanu " (wahai orang-orang yang beriman )...

bertanya pada diri, siapakah pembuat generalisasi itu dan kepada siapakah sasarannya? mencipta gaya bahasa yang spesifik untuk memperihalkan perkara itu. Andai ada kajian dan fakta yang sahih serta didukung oleh kalamullah dan sunnah rasullullah, dipersilakan.

aku meraikan penyataan begitu. jauh sekali untuk menolak lagi memberontak.

takut dan kaget apabila generalisasi ini dicanang oleh orang yang bukan arifnya tentang sesuatu. Dengan sesuka hati, laungan ini  tersebar dan meresap dalam jiwa marhaen tanpa usul periksa. Akhirnya, menjadi suatu kebenaran yang asalnya hanya ciptaan nista manusia. Mudahkan begitu. Astaghfirullah.

Memang benar, aku dan engkau adalah insan, memiliki rambut sama hitam, jari sama lima.

sepanjang hidup kita, tidak pernah sunyi daripada kesilapan.

namun, aku merintih dengan kejahilan segenap manusia yang melihat segalanya sama pada perspektifnya. andai kesalahan dilakukan tidak kira kecil atau besar, seseorang itu terus dihukum dengan 1 hukuman yang setimpal atas segalanya.

andai segenap manusia itu dipalit sesuatu kesilapan, maka terus-terusan dikatakan semua manusia pasti dipalit dengan kesilapan yang sama

andaian demi andaian yang membuta tuli.

          " alah pemimpin, sana sini sama aje, last-last makan suap.

       " dia pun pernah bersosial, clubbing dan sebagainya dulu macam aku, walaupun sekarang dh berubah,  ada hati nak nasihat dan pimpin aku? "

pendirianku.

kalau anda melihat kesemuanya sama dalam soal kredibiliti ini misalnya, fikirkan sejenak. memang benar insan itu ada sisi silapnya dan mungkin lari dari kebenaran. Namun, aku berpegang bahawasanya ada lagi insan-insan/ kumpulan yang menghampiri kebenaran yang jelas. oleh sebab itu, aku masih meletakkan kepercayaan padanya.

dan ayuhlah berselektif dengan menghadapi generalisasi ini, perlukan ilmu dan pegangan yang kukuh agar nanti dapat mengetahui benar atau palsu

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
 (الحجرات:6)
Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan (al-Hujurat:6) 

p/s: post kali ini tersirat 1000 sirat. jom hayati lirik lagu ini :)

Sunday, March 25, 2012

SeLonGkaR :Mana oH Mana?

0 comments
Salam
 
"pakai tudung..tapi perangai lagi teruk dari org yg x pakai tudung.."

Wahai wanita..andai dirimu seorang yg bertudung, bejanjilah pada dirimu utk tidak menjadi salah satu penyebab utk org d sekeliling berkata begitu.
"pakai tudung labuh / kopiah.. tapi tak jaga pergaulan..duk lepak2 dgn bukan mahram.."

Wahai wanita..andai engkau dari kalangan yg bertudung labuh..dan wahai lelaki..andai engkau dari kalangan yg berkopiah.. berjanjilah pada dirimu..utk tidak menjadi penyebab utk org sekeliling memandang rendah kpd manusia2 yg berimej islamik. tunjukkanlah contoh2 yg baik..agar engkau dpt menjadi penyebab utk mereka berimej islamik jugak.
 
"orang ISLAM..tapi minum arak..berjudi...pergi disko..pakai baju dedah aurat...xde beza pun dgn org kafir.."

wahai manusia..andai engkau seorang islam..berjanjilah pada dirimu..utk tidak menjadi penyebab utk org memandang hina kpd islam. bawalah imej islam itu dgn baik..agar dapat menarik hati org2 kafir utk sama2 memeluk islam..
"pelajar sekolah agama/ fahim tetang agama..tapi perangai..mengalahkan budak2 lain / bdk2 sekolah lain"

wahai lelaki mahupun perempuan yg belajar di sekolah2 agama, berjanjilah pada dirimu..utk tidak menjadi penyebab orang memandang serong kpd sekolah islam. jagalah batas2 pergaulan..jagalah aurat..jagalah pandangan..jagalah hati..jagalah iman..

jadilah penyebab utk org mencontohi yg baik..dan bukanlah menjadi penyebab..utk org tidak mencontohi yg baik~

Thursday, March 22, 2012

SeLongkaR : Mana Hilang Lagi SeparuH?

0 comments

" kita merelakan diri ini ditarbiyah, bermakna menerima dan berusaha menyemai ruh islamiah dalam diri, hidup ini, gerak kerja dan sebagainya, tapi mungkin dari dimensi lain, kita seolah meringankan bahagian yang lain seperti soal hati, ikhtilat, akhlak, kualiti kerja dan sebagainya tanpa kita sedari. 

Eh, eh, bukankah Allah berfirman, "masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan..." [2:208]

" andai di alam pekerjaan nanti, pasti full time kerja kita mahukan kerana sudah tentu di situ jaminan yang memadai untuk menyara hidup ini." analogi mudah.

full time muslim, laksana kerja sehabis baik, jaminan Dia janjikan terbaik

Saturday, March 17, 2012

20

7 comments
salam, alhamdulillah, front number have turned to 2, bigger figure from before. As i realise i have lived with ample, and more than enough fortune and gift from Him.

menghitung nikmat dan event yang berlaku, pencapaian, penambahbaikan dan peluang yang ada untuk dilihat.

-----------------------------------------------------------------------------------

 i admit, i miss old days where happy moments are all we think and no big responsible to hold,
but think again, the purpose we live in this world

-------------------------------------------------------------------------------

:: bear in mind ' semakin tua, anda selangkah untuk mendekati mati'::

:: great power ( as shabab ) comes great responsibility ::

:: toward family; membimbing 2 adik perempuan yang sedang membesar, agar memilih untuk hidup cara islam, so kenalah cerewet bab fesyen, ikhtilat dan sebagainya, so be up to date and always supporting not condemning them::

:: dapat melihat hijrah sahabat yang dulunya jahil tetapi kini sedar dan memilih untuk hidup cara islam. doaku agar kita istiqamah dan sentiasa di bawah lembayung hidayah-Nya::

:: impian sejak sekolah ; berada bersama sahabat dalam perjuangan jemaah, aku memilih jalan ini kerana niatku untuk menyebarkan syariat-Mu, contribute untuk ummah atas medium yang benar::

:: mengembangkan potensi yang ada, and keep exploring ::

:: menjadi sebahagian kepada initiator gerakan underground untuk menghijaukan suasana di intec, ALiS Crew, harapnya usaha itu berpanjangan, looking forward to penubuhan syarikat konsultasi ( insyaallah!)

:: alhamdulillah, dikurniakan sahabat-sahabat yang terus support dan bersemangat dalam perjuangan::

:: mata kuat berair, tangan dan kaki cepat berpeluh, kerisauan semakin meruncing andai hyperhidrosis ini boleh sampai tahap kritikal.::

:: dari sepintar sampai ke intec, ada lagi orang yang takut dgn insan ini, atas alasan sikap diri yang garang, ye  ke? ada hikmah ini ::

:: baru mengerti apa erti kegagalan dalam hidup ::

:: dalam konteks usaha, kena constant, instead of fluctuate.

:: mula simpan duit secara serious for the future ( baru nak MULA )

:: looking forward to sahabat yang mahu mendirikan baitul muslim. siapakah itu? haha ::

:: short term plan : score 15 point utk A- level insyaallah ::

:: bear in mind, tarbiyah tidak semestinya didapati secara formal, maknanya, semata dari program atau circle, tetapi sebenarnya tarbiyah itu adalah aplikasi daily life kita. berkesan atau tidak, we can see through our performance everyday. ::

::be part of solution not the problem ::

----------------------------------------------------------------------------------------------

enough said for today

insyaallah, i'am going to do my best in order to achieve this pursuit though i realise the journey is tough

we're not alone.bismillah.

Thursday, March 15, 2012

sakit: perskripsi untuk diri

0 comments

sekian lamanya, hati perih dan terseksa

semahunya, aku ingin terbang jauh dari sini dan bebas

bebas dari belenggu manusia dan dunia,

silapku juga, silapnya pada apa yang kudambakan dahulu

enakkah begitu, sepertinya merasai nikmat yang tidak terkata

hingga leka dan lupa seketika, siapakah tuan yang menciptakan dambaan itu

hingga memakan diri akibat rakus dan tunduknya pada sirna

Allah, benar katamu, aku sakit

lantas, aku mencari-cari perskripsi untuk sakitku,

alhamdulillah, Engkau hadirkan ujian, memang itu pantas untukku,

agar aku kembali sedar siapa diriku

kuatkan aku untuk mujahadah ini, 

dan aku serahkan segalanya kepada-Mu apa yang terbaik untuk hamba-Nya

p/s: interview dah dekat untuk placement, preparation sebaiknya diperlukan, ya Allah, permudahkan untuk masuk ke situ :)

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” at-thalaq:2-3

Monday, March 12, 2012

Perasaan itu kadang-kala Plastik

0 comments
Kadang-kadang ianya plastik.

Perasaan itu. Ya, perasaan gembira itu. Kenapa ianya plastik?

Ambil contoh seorang nelayan yang turun ke laut saban hari, yang selama ini berasa cukup melihat hasilnya, tiba-tiba terlihat jirannya berboat baru, timbul rasa, “ish aku kena beli jugak la, aku punya ni dah lama, peninggalan arwah ayah”, padahal masih elok. Setelah berusaha keras membanting tulang, cukup setahun, dia pun punya wang untuk beli bot baru. 

Rasa puas hati. Senang hati. Gembira. 

Perasaan itu lahir daripada tercabar akibat boat baru jiran. Sedangkan rasa itu akan tahan tak lama. Lihat saja kanak-kanak, dapat satu permainan, gembira, bosan, merengek nakkan yang baru. Silih ganti bertukar sehingga bila-bila. Manusia kan tetap begitu, sikit sekali yang bersyukur.

Kemarau panjang iman yang berlaku di hati-hati pastikan terasa keringnya dalam duduk diam mahupun tengah ramai orang. Pernahkah terfikir, atau rasa gundah, ingin ke satu tempat yang dipanggil Ketenangan. 

Ada yang mencarinya di bola bowling, ada yang menjumpainya di sudut-sudut hilai tawa rakan, ada yang mendapatinya di benak hati kekasih, ada pula yang seperti sirih pulang ke gagang, sudah jauh lama tidak mengadu pada si ibu, balik bercerita minta si ibu menyuluh kegelapan kalbu.

Namun, tempat Ketenangan itu menentang peribahasa, “takkan lari gunung dikejar’, kerana ianya sekejap ada dan pasti pergi, macam iklan Chipsmore. Ya, memang Chipsmore itu bagi kemanisan, tapi kehadiran Chipsmore itu kadang-kadang ada (bila ada duit, pergi kedai dan beli) dan kadang-kadang tak ada (member/adik rembat) dan lebih penting lagi, rasa sedapnya itu, sementara.

Kegembiraan dapat score 300 di medan bowling itu, lawak kawan-kawan yang menarik mulutmu tersenyum itu, gurauan nakal penawar duka dan pujuk rayu kekasih itu, pesan nasihat dalam belaian tangan ibu di rambutmu itu, ianya tak kekal. Tempat Ketenangan itu tidaklah kekal. Kemudian kita akan kembali menjadi leka dengan dunia, dan tiba saat duka, kembali mencari tiket pergi kepada Ketenangan.

punchbag for every heartbreak

Bila Tumblr jadi tempat menghilang duka, Twitter jadi tempat bercerita mencari perhatian manusia, Blog jadi tempat luahan jiwa, Youtube jadi punca keseronokan sementara, Panggung Wayang jadi tempat melayan perasaan jauh dari dunia, Seni dan Muzik jadi means untuk ekspresi perasaan kita, Facebook jadi tempat mengisi kekosongan jiwa, Shopping jadi pelepas rasa hiba kecewa, Tidur jadi usaha menghilang kegusaran dunia, semuanya itu sungguh plastik belaka.

Sungguh Allah bercerita dalam buku panduan tentang nenek moyang kita yang kecewa dibuang ke dunia lalu menadah tangan memujuk hati dengan kebesaran keluasan keampunanNya, pesan nasihat pada kita bila terjatuh terngadah dagu atas iPhone 4 baru kemudian tertimpa pula tangga yang dipanjat tadi agar kembali padaNya, cerita Musa mengadu tentang ketakutan menghadapi si bongkak Firaun, kisah manusia biasa yang hilang rasa tenang di hati itu dan terus mengingatinya.

“Sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah, hati kan tenang”, kata Allah.

Apalah pergantungan kita selama ini pada ubat stress, pada coke dan panadol, pada rakan-rakan yang makan kawan, pada ibu bapa, pada hiburan, muzik, movie dan sukan, pada majlis keramaian, pada percutian bila mana hanya satu punca utama perasaan itu (baca: perasaan yang kita selalu rasa itu), hanyalah kerana kita lalai dari mengingatiNya.

Bayangkan seorang postman yang ditugaskan mengantar surat ke rumah-rumah, punya surat yang banyak dalam plastik beg itu, tapi duduk diamnya di rumah, memikirkan gusar pekerjaannya belum selesai, sedangkan dirinya malas sekali bangun untuk mengantar surat itu, tetapi disibukkan dengan membersih motorsikal, mengupgrade enjing motor supaya lagi laju dapat hantar surat, mengecat baru, tukar ekzos, spoiler, skirting (err, ni motor ke kereta ni) sehingga lalai dengan tugasnya yang sebenar iaitu menghantar surat.

Kita, walaupun punya banyak tugas superficial, memakai sut-sut business, pakaian-pakaian pelajar, jersi-jersi sukan, uniform-uniform apa jua jawatan, pangkat, kerja kita, hakikatnya tak lain kita hanya lah seorang hamba. Seringkali kita lupa akan hakikat tugas kita sebagai seorang hamba tetapi mengingati dan risau akan tugas superficial itu. Maka bila kita tidak prioritas kerja kita dan memahami tugas sebenar hamba, dan melebihkan kerisauan pada tugas-tugas penyokong itu, maka saban hari, hati itu tidak akan tenang, kerana makin banyak surat-surat yang tak keterhantaran, makin berlambak manusia menanti-nanti surat yang dikirim pada mereka.

Mungkin, jika kita ambil satu langkah ke belakang dari arus deras dunia ini, dan lihat dari kaca mata hamba, barulah kita punya satu permulaan untuk mencari kebenaran, seperti mana mereka-mereka yang dimenangkan oleh Allah dan diberi balasan ketenangan abadi di syurga.

 Apa Erti kehidupan ini?

Tapi, itu lah, kebanyakan manusia ignorant, bak kata idiom orang putih, ignorance is a bliss. Of course it is, sampai masa nanti tahulah sejauh mana bliss nya ignorance kita itu,
sampai satu saat manusia dibangunkan dan mereka berkata, “Ah, celakalah kita, siapa yang membangunkan kita dari tidur ini.” sedang dalam kuburan itu mereka dibantai oleh makhluk2 Allah.

sampai masa manusia yang dibukakan kitabnya, mereka berkata, “Eh, bila pulak aku buat ni, eh, yang ni pun ada catat jugak? Ingat boleh terlepas, kecik je kot. Ya Allah, banyaknya benda salah aku buat.”

sampai nanti ada manusia yang berebut-rebut mencari rakan-rakan, ibu ayahnya, anak-anaknya, suku-sakatnya, geng-gengnya dulu, rakan kongsi gelapnya, imam-imam di masjid, jiran-jirannya untuk menuntut pahala kerana di akaunnya kosong, muflis.

sampai bila mereka yang dihadapkan pada Allah nanti tunduk menyesal dan berkata, “Lebih baiklah aku jadi tanah di dunia dulu.” Tanah at least tak kena seksa.

sampai saat manusia yang terkaya punya segala-galanya di dunia tetapi mungkar pada Allah dicelup dalam neraka sesaat ditanya, “adakah kamu punya kebahagiaan di dunia?” adalah pasti dijawab, “tidak, aku tak
punya ingatan tentang dunia walau sesaat sekalipun”.

sampai nanti manusia yang menang di syurga melihat ke penghuni penjara neraka dan bertanya, “bukankah telah datang Rasul untuk mengingatkanmu tentang hari ini?” mereka menjawab, “ya, tapi kami telah mendustakannya”.

sampai ketika manusia yang meronta-ronta dalam keadaan yang sangat memilukan di neraka merayu padaNya, “berilah kami peluang untuk kembali sesaat atas dunia, pasti kami akan beriman dan beramal soleh.” maaf, peluang itu sudah tiada.

Oh ya, maka, perasaan itu plastik, sebab ianya sementara.

Yang kekal, hanya di surga.

Jom berlari bersama-sama, kita buat reunion di syurga!

Allahu a’alam.