Monday, March 12, 2012

Perasaan itu kadang-kala Plastik

0 comments
Kadang-kadang ianya plastik.

Perasaan itu. Ya, perasaan gembira itu. Kenapa ianya plastik?

Ambil contoh seorang nelayan yang turun ke laut saban hari, yang selama ini berasa cukup melihat hasilnya, tiba-tiba terlihat jirannya berboat baru, timbul rasa, “ish aku kena beli jugak la, aku punya ni dah lama, peninggalan arwah ayah”, padahal masih elok. Setelah berusaha keras membanting tulang, cukup setahun, dia pun punya wang untuk beli bot baru. 

Rasa puas hati. Senang hati. Gembira. 

Perasaan itu lahir daripada tercabar akibat boat baru jiran. Sedangkan rasa itu akan tahan tak lama. Lihat saja kanak-kanak, dapat satu permainan, gembira, bosan, merengek nakkan yang baru. Silih ganti bertukar sehingga bila-bila. Manusia kan tetap begitu, sikit sekali yang bersyukur.

Kemarau panjang iman yang berlaku di hati-hati pastikan terasa keringnya dalam duduk diam mahupun tengah ramai orang. Pernahkah terfikir, atau rasa gundah, ingin ke satu tempat yang dipanggil Ketenangan. 

Ada yang mencarinya di bola bowling, ada yang menjumpainya di sudut-sudut hilai tawa rakan, ada yang mendapatinya di benak hati kekasih, ada pula yang seperti sirih pulang ke gagang, sudah jauh lama tidak mengadu pada si ibu, balik bercerita minta si ibu menyuluh kegelapan kalbu.

Namun, tempat Ketenangan itu menentang peribahasa, “takkan lari gunung dikejar’, kerana ianya sekejap ada dan pasti pergi, macam iklan Chipsmore. Ya, memang Chipsmore itu bagi kemanisan, tapi kehadiran Chipsmore itu kadang-kadang ada (bila ada duit, pergi kedai dan beli) dan kadang-kadang tak ada (member/adik rembat) dan lebih penting lagi, rasa sedapnya itu, sementara.

Kegembiraan dapat score 300 di medan bowling itu, lawak kawan-kawan yang menarik mulutmu tersenyum itu, gurauan nakal penawar duka dan pujuk rayu kekasih itu, pesan nasihat dalam belaian tangan ibu di rambutmu itu, ianya tak kekal. Tempat Ketenangan itu tidaklah kekal. Kemudian kita akan kembali menjadi leka dengan dunia, dan tiba saat duka, kembali mencari tiket pergi kepada Ketenangan.

punchbag for every heartbreak

Bila Tumblr jadi tempat menghilang duka, Twitter jadi tempat bercerita mencari perhatian manusia, Blog jadi tempat luahan jiwa, Youtube jadi punca keseronokan sementara, Panggung Wayang jadi tempat melayan perasaan jauh dari dunia, Seni dan Muzik jadi means untuk ekspresi perasaan kita, Facebook jadi tempat mengisi kekosongan jiwa, Shopping jadi pelepas rasa hiba kecewa, Tidur jadi usaha menghilang kegusaran dunia, semuanya itu sungguh plastik belaka.

Sungguh Allah bercerita dalam buku panduan tentang nenek moyang kita yang kecewa dibuang ke dunia lalu menadah tangan memujuk hati dengan kebesaran keluasan keampunanNya, pesan nasihat pada kita bila terjatuh terngadah dagu atas iPhone 4 baru kemudian tertimpa pula tangga yang dipanjat tadi agar kembali padaNya, cerita Musa mengadu tentang ketakutan menghadapi si bongkak Firaun, kisah manusia biasa yang hilang rasa tenang di hati itu dan terus mengingatinya.

“Sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah, hati kan tenang”, kata Allah.

Apalah pergantungan kita selama ini pada ubat stress, pada coke dan panadol, pada rakan-rakan yang makan kawan, pada ibu bapa, pada hiburan, muzik, movie dan sukan, pada majlis keramaian, pada percutian bila mana hanya satu punca utama perasaan itu (baca: perasaan yang kita selalu rasa itu), hanyalah kerana kita lalai dari mengingatiNya.

Bayangkan seorang postman yang ditugaskan mengantar surat ke rumah-rumah, punya surat yang banyak dalam plastik beg itu, tapi duduk diamnya di rumah, memikirkan gusar pekerjaannya belum selesai, sedangkan dirinya malas sekali bangun untuk mengantar surat itu, tetapi disibukkan dengan membersih motorsikal, mengupgrade enjing motor supaya lagi laju dapat hantar surat, mengecat baru, tukar ekzos, spoiler, skirting (err, ni motor ke kereta ni) sehingga lalai dengan tugasnya yang sebenar iaitu menghantar surat.

Kita, walaupun punya banyak tugas superficial, memakai sut-sut business, pakaian-pakaian pelajar, jersi-jersi sukan, uniform-uniform apa jua jawatan, pangkat, kerja kita, hakikatnya tak lain kita hanya lah seorang hamba. Seringkali kita lupa akan hakikat tugas kita sebagai seorang hamba tetapi mengingati dan risau akan tugas superficial itu. Maka bila kita tidak prioritas kerja kita dan memahami tugas sebenar hamba, dan melebihkan kerisauan pada tugas-tugas penyokong itu, maka saban hari, hati itu tidak akan tenang, kerana makin banyak surat-surat yang tak keterhantaran, makin berlambak manusia menanti-nanti surat yang dikirim pada mereka.

Mungkin, jika kita ambil satu langkah ke belakang dari arus deras dunia ini, dan lihat dari kaca mata hamba, barulah kita punya satu permulaan untuk mencari kebenaran, seperti mana mereka-mereka yang dimenangkan oleh Allah dan diberi balasan ketenangan abadi di syurga.

 Apa Erti kehidupan ini?

Tapi, itu lah, kebanyakan manusia ignorant, bak kata idiom orang putih, ignorance is a bliss. Of course it is, sampai masa nanti tahulah sejauh mana bliss nya ignorance kita itu,
sampai satu saat manusia dibangunkan dan mereka berkata, “Ah, celakalah kita, siapa yang membangunkan kita dari tidur ini.” sedang dalam kuburan itu mereka dibantai oleh makhluk2 Allah.

sampai masa manusia yang dibukakan kitabnya, mereka berkata, “Eh, bila pulak aku buat ni, eh, yang ni pun ada catat jugak? Ingat boleh terlepas, kecik je kot. Ya Allah, banyaknya benda salah aku buat.”

sampai nanti ada manusia yang berebut-rebut mencari rakan-rakan, ibu ayahnya, anak-anaknya, suku-sakatnya, geng-gengnya dulu, rakan kongsi gelapnya, imam-imam di masjid, jiran-jirannya untuk menuntut pahala kerana di akaunnya kosong, muflis.

sampai bila mereka yang dihadapkan pada Allah nanti tunduk menyesal dan berkata, “Lebih baiklah aku jadi tanah di dunia dulu.” Tanah at least tak kena seksa.

sampai saat manusia yang terkaya punya segala-galanya di dunia tetapi mungkar pada Allah dicelup dalam neraka sesaat ditanya, “adakah kamu punya kebahagiaan di dunia?” adalah pasti dijawab, “tidak, aku tak
punya ingatan tentang dunia walau sesaat sekalipun”.

sampai nanti manusia yang menang di syurga melihat ke penghuni penjara neraka dan bertanya, “bukankah telah datang Rasul untuk mengingatkanmu tentang hari ini?” mereka menjawab, “ya, tapi kami telah mendustakannya”.

sampai ketika manusia yang meronta-ronta dalam keadaan yang sangat memilukan di neraka merayu padaNya, “berilah kami peluang untuk kembali sesaat atas dunia, pasti kami akan beriman dan beramal soleh.” maaf, peluang itu sudah tiada.

Oh ya, maka, perasaan itu plastik, sebab ianya sementara.

Yang kekal, hanya di surga.

Jom berlari bersama-sama, kita buat reunion di syurga!

Allahu a’alam.

Sunday, March 11, 2012

selongkar : discovery of 'henshin' button

0 comments
" mengapa kita suka menjadi penonton daripada menjadi pelaksana "
" mengapa jauh sekali untuk membantu dan merubah walaupun kita TAHU itu obligasi kita"
 'kawan, TAHU itu tidak cukup sekadar hadam dan telan!
maka sesungguhnya TAHU menuntut FAHAM dan APLIKASI'

Let's transform to productive and active muslim

Friday, March 9, 2012

Nafsi: i'm not dead and gone yet

2 comments
salam 1 agama, dah sebulan meninggalkan blog ini daam keadaan terbiar, it's time to do some cleaning, tebas sana sikit, hilangkan sawang sini sikit, cambahkan sedikit semangat untuk terus menjadi musafir lalu di bumi Allah ini.

::jalan penuh liku::

Walau dilanda badai ujian yang kuat akhir-akhir ini; exang berbelas kertas secara bertubi, kehilangan semangat, moral dan pertimbangan, dan tanggungjawab, always remember, hikmah always lies within it. ujian tidak menuntut kita menjadi lemah, malah menjadi lebih kuat daripada sebelumnya,

Ujian, bukan diminta, tetapi anugerah bukti kasih-Nya pada hambanya, bila kata pasal anugerah, tidak semua orang dapat, maka bersyukurlah :) Dia dah rencana chantek untuk hambanya yang terpilih. 

CHOOSE TO LIVE, OR LIVE TO CHOOSE?

.....................................................

kehidupan yang tidak pernah sunyi dengan rangkaian masalah dan tribulasi,
tidak kurang juga segala bentuk nikmat yang mewarnai... kesan dan implikasi yang berpunca
daripada pilihan. 
Persoalannya: atas pertimbangan apa yang pilihan itu dibuat?
Nafsu, hati, logik atau sandaran syariat-Nya?

................................................................................

Most of us tend to choose to live our life according to nafsu, hati dan logik. Obsessi kuat mengatasi segalanya tanpa peduli jelasnya haram dan halal, asalkan diri ini terus dimanjakan. Hati, nadi yang menentukan seseorang, bayangkanlah andai hati ini mati, kesannya hampir pasti merosakkan keseluruhan manusia itu.

Logik, datangnya dari rasional akal yang serba limitasi. Minda yang didoktrin dengan liberalnya dunia secara total, mengambil secara juz'ie ( separa ) apa yang ada pd islam itu baik untuknya, bila mana tidak logik dan tidak masuk akal pada islam itu, pantas dia membantah dan berpaling. tidak kurang juga yang memprioritikan logik lebih dari segala-galanya.

.. "maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (55:14)...

::MONOLOG LANGSUNG::

Allah, lemahnya hambamu ini, dalam kelekaan mencoret kehidupan, aku memandang logik, memilih hati, mengikut nafsu lebih banyak daripada patuh daripada-Mu. mungkin dalam melakukan ibadah kepada-mu, definisi ikhlas itu tidak aku hadam dengan baik.Lantas, kau turunkan ujian demi ujian untuk menyedarkan hambamu ini.

ya Allah, aku tidak mahu hanya ingatmu di saat hiba, basahkan bibir dan hatiku dengan kalimah-Mu pada saat gembira. sesungguhnya nikmat umur yang Kau tambahkan, kau iringi dengan obligasi yang lebih besar, pada diri, keluarga, saudara dan pastinya pada Allah. maka pada mu aku memohon kekuatan dan kebergantungan.

::TIME TO SHINE AGAIN::

alhamdulillah, dalam perjuangan hidup ini, aku dihadirkan insan2 yang memahami disekelilingku, ummi, walid, maksu, sahabat SEPINTAR dan INTEC... andai jatuh, masih ada seseorang yang Allah hantar untuk memapah, melontarkan kata-kata yang mentarbiyah diri ini kembali dan reset.

Aku tidak mahu IMMUNE tetapi mahu sedar dan normal, kerana immune membuat kita lali dengan ujian lalu terus dibelenggu dengan phobia serta kisah lalu, bukan sebaliknya membuat perubahan dan move on.
Buktikan 15 A level bukan mustahil, buktikan resit untuk kali yang ketiga ini berbaloi, buktikan masih terlalu awal untuk putus asa, kerana meyakini Allah sentiasa bersama orang-orang yang bertawakal [3:159]

What doesn't kill you makes you stronger  
Stand a little taller  
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone.
coz Allah is always be there

Thursday, January 19, 2012

wish untuk anak tercinta

3 comments
Salam satu ukhuwwah,

saja aku kongsikan status murabbi ni sbb terkesan bile membacanya...

Selamat hari lahir buat anak tercinta, Aisyah Solehah binti Mohamad Ridhauddin.

Aisyah, kalaupun engkau tidak sama sepertinya, menyerupai akhlaknya sudah membahagia.

Aisyah, kalaupun bukan sebuah nama, ia sebuah bingkisan kehidupan.

Solehah, sengaja babamu meletakkannya sebagai kuntuman doa, semua yang memanggilmu mendoakanmu.

Babamu dan mamamu menjadikan engkau sebagai 'pelaburan' kami di akhirat nanti.

Pohon cebisan kesolehanmu buat ketenangan kami di alam abadi.

Selamat membesar duhai puteri Islam.

andai aku punya aulad nanti, bila tiba hari lahirnya akan kusuarakan seperti ini.

Thursday, December 29, 2011

video promo program kedua ALiS : The G.I.F.T

0 comments

suatu program yang dirancang oleh krew alumni i-prokhas untuk menghayati makna sebenar surah pertama Quran- Al-fatihah. 

The G.I.F.T atau ' The Greatness in al- FatihaH ' cuba membawa kelainan dan mencari alternatif lain dengan membawa kita merasai sendiri bukan sekadar dengar dan diam.

Pengajaran buatku

0 comments

"pengakhiran 2011 menyimpulkan segenap insiden yang banyak memberikan makna dalam diriku, insiden di mana bukan sahaja aku sebagai subjeknya, tapi orang yang paling aku sayangi "

..........................................................................................................................................................
insiden: Allah lebih menyayangi dia #

Baru-baru ini insiden itu berlaku. Menyedari kritikalnya kondisi yang dihadapi oleh abang syukiman ( abang sedara ipar), walid dan ummi tekad untuk ke Kota Bharu bersama-sama pak cik dan mak cik. Kalau nak diikutkan boleh sahaja aku ikut sekali dalam odisi itu tapi, biarlah, mungkin perbezaan jarak yang tidak mengizinkan dan kerusi yang terhad.

Kemudahan teknologi yang ada, pastinya akan memudahkan aku update dengan perkembangan semasa. SMS, call walid atau ummi itu sahaja caranya untuk tahu.

Bacterial infection. Hampir keseluruhan paru-parunya dijangkiti. peringkat terakhir kata doktor. Koma dan ada mesin yang membantunya untuk bernafas.  Isterinya.juga yang merupakan seorang doktor boleh memahami dengan jelas dan mengagak. Tipis peluang untuknya. Doa, Redha tawakal sahaja mengiringi.

..............................................................................................................................................

::Tabah::

Kak Azira, itulah isteri kepada abg Man yang dimaksudkan, seorang doktor yang tidak lama lagi akan bergelar specialist. Antara sebab aku mahu menjadi doktor juga kerana ingin menjadi seperti Kak Azira. Namun di sebalik kehidupannya, banyak liku yang telah dia lalui. If I am in her shoe, i'm still not sure that i can really endure it.

Pertama, pengajian yang menuntut dirinya menjadi sibuk. Profesion seorang doktor memang begitu lebih- lebih lagi wanita dan itu ramai sedia tahu. Alhamdullillah, kakak saudaraku ini seorang yang kuat agamanya dan very bright.

    Kedua, komitmen menjadi seorang isteri dan ibu. Mendirikan rumah tangga sekitar aku di darjah 4. Lelaki yang dikenali di laman sesawang menjadi pilihan. Abang Man, pendiam tapi berisi pendiriannya. Selepas itu dikurniakan anak-anak yang comel belaka dan dirinya kini bagai dibahagi-bahagikan agar tanggungjawab dan komitmen dapat diberikan sebaik mungkin. Lumrah alam. Hidup berumahtangga.

 ::Ujian bertali arus::

2 tahun yang lalu, suaminya itu collapse secara tiba2. Selepas didiagnosis, didapati Abg Man menghidap kanser darah. Tersentak keluarga dengan berita itu kerana tidak disangka-sangka. Lebih menyedihkan lagi buat Kak Azira yang sedang mengandungkan anak kedua mereka. Dia kena berdiri dengan sendirinya, menangani komitmen sebagai seorang pelajar, yang sedang dalam pengajian menjadi specialist.

Ditambah lagi, terpaksa menjaga anak kembar mereka seorangan tanpa suaminya yang sedang bertarung nyawa dan sudah tentu, berada di sisi suami yang perlu akan sokongan darinya.

Aku ingat lagi ketika itu, ziarah raya di rumah nenekku, aku nampak kak Azira mengalirkan air mata bila ummi datang untuk bersembang. Sebaknya seperti tidak tertahan lagi, dan dengan ummiku itu, menjadi tempat untuk meluahkan segalanya. Aku hanya mampu simpati dan cuba menenangkan dengan kata-kata yang boleh memotivasikan dirinya.

Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul.

Alhamdulillah, mujurlah dirawat ketika masih di peringkat awal. Dengan chemotherapy yang dijalani, sedikit demi sedikit kesihatannya bertambah baik. Walaupun risikonya, abang man kelihatan cengkung, agak murung, dan gugur rambutnya, dengan izin Allah, dia masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan meskipun bergantung dengan hanya secebis harapan dan kekuatan pada awalnya. Wajah Kak Azira kembali mengukir senyuman.

...................................................................................................................................

sudah tiba masanya,

tanggal 27 disember yang lalu, Abg Man kembali ke Rahmatullah. kali ini bukan kanser sebagai puncanya. Aku mendengar dari ummi, kak Azira tidak lagi seperti dulu. Jauh sekali untuk merintih tetapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Kata ummi, kak Azira sudah bersedia untuk itu. Pada saat mesin bantuan dicabut dari badan abg Man, dan catatan pada electrocardiogram sudah tidak lagi memberikan tanda-tanda denyutan, maka di situ pengakhiran buat seorang lagi hamba Allah. Insiden itu berlaku tidak lama ummi dan walid sampai di Kota Bahru.

Dalam fikiranku, membayangkan bagaimana dan bagaimana kak Azira untuk meneruskan kehidupannya? dengan cabaran yang perlu dipikul dalam usia yang agak muda; membesarkan anak-anak, menuntut ilmu,
mengurus perbelanjaan, dan sebagainya. Yang pasti, kak Azira seorang yang tabah, cekal dan sabar orangnya. aku tahu, hatinya sentiasa kuat kerana dirinya begitu dekat sekali dengan Allah.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan buat hambamu ini, dan tempatkan abg Syukiman bersama orang-orang yang beriman.

 amin ya rabbalalamin.

Sunday, October 30, 2011

recovery: once being tested

2 comments
 salam mujahadah,
--------------------------------------------------------------------

 ------------------------------------------------------------------------------

saja dikongsi nasyeed ini, melodi menarik dan mesej sangat mendalam

andai di pertengahan kita ditimpa aral,
ingatlah ketika diuji itu, di manakah tahapnya iman di hati ini?

dan ingatlah juga, Allah masih menyayangi kita dgn menyedarkan kita
dari kelekaan dunia.hikmah. 
Alhamdulillah :)

 --------------------------------------------------------------------------------------
NICE: Sesekali diuji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang