Wednesday, June 22, 2011

He is No OtHer

2 comments
 salam mujahadah,

' ayahku x banyak katanya, lebih banyak kerjanya daripada cakapnya, namun sekali cakap, kadangkala menggegar hatiku, kerana bait2 katanya akan kembali mengingatkan aku kisah silam'

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kronologi,

sejak kecil ayahku sekeluarga ditinggalkan oleh ayahnya (atuk) , membuatkan hidup mereka dalam kesusahan. pendidikan pun tidak seberapa. cuma abg sulung dan abg keduanya mendapat pendidikan yang sempurna.

Ayahku tidak berpeluang, zaman persekolahannya berakhir di sekolah teknik. dengan sijil yang dimiliki, dia mengembara untuk mendapatkan kerja dan pengalaman.

waktu itu 1985, ke johor tempatnya memulakan kariernya, sebagai mekanik automobil. Perginya dari kampung halaman, bagan datuk, perak ke pasir gudang, johor, bukan dengan menaiki bas seperti insan lain yang ingin berhijrah ke kota,

dengan berbekalkan motosikal capuk yg diwarisi keluarga, perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam itu sampai ke destinasi, tidak disangka penghijrahannya ternyata berbaloi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
segalanya bermula,

permulaan memang menyukarkan, seorang diri, menyesuaikan diri dengan keadaaan sekeliling, tapi lama kelamaan, kesukaran dapat diatasi sikit demi sikit. Pengalaman hidupnya ketika kecil banyak membantunya. Ayahku mendapat kasih sayang daripada keluarga angkat di Johor, mungkin ehsan dari kawan sekerja yang memahami keadaannya.

tawaran ke Jepun

program pandang ke timur, telah membawa ayah ku ke negara matahari terbit itu, untuk mendalami dan mempelajari bidang yang diceburi, pulangnya selepas 2 tahun, telah menjadiknnya lebih berkeyakinan dan lebih matang lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kini

ayahku kini menginjak umur separuh abad. perkahwinan yang diikat sekitar tahun 90 an terus berpanjangan, dan kerana mereka aku dan 2 orang lagi adikku mengenali dunia ini. Sepanjang aku membesar, aku banyak belajar daripada memerhati ayahku dari sudut hidupnya, yang bersungguh-sungguh dan komited. alhamdulillah , Allah mengurniakan aku kefahaman dan kesedaran daripada pemerhatian aku tentang kedua-dua ibu bapaku ini.

ranjau yang perih..

sejak bangku sekolah rendah lagi, aku mula faham segalanya. ingat lagi, saat ingin menghantar aku ke sekolah rendah dulu, hanya lori usang menjadi kenderaan... seperti kanak2 yang lain, kereta yang hebat2 menjadi medium. aku tidak mengeluh tapi bertambah kuat...

memang fitrah seorang lelaki, dia tidak suka menampakkan kelemahannya dan dipandang begitu. ayahku, waktu sekolah rendah adalah waktu sukar baginya, kerja tidak menentu . Namun, ada sahaja wang untuk menampung keluarga, rezekinya, alhamdulillah. Tapi aku tidak minta lebih, kasut dan beg yang boleh dipakai, aku jaga dan pakai sampai koyak.

ada sampai 1 ketika, baju dan seluar sekolah agama, aku pakai sampai 'senteng' ,mak aku kata, tukar la, tapi aku menjawab, x payah rasanya , jawapan yang melindungi niat utk tidak menyusahkan ayahku itu.

pasca sekolah,

tamat zaman persekolahan membuatkan aku berniat untuk berkerja dengan ayahku. Melihat sendiri kesusahan ayahku dalam mencari rezeki memang satu peluang yg Allah berikan. Ternyata itulah hakikatnya;

Sememangnya ayahku dikurniakan dengan kemahiran yang serba-serbi, mekanik, plumbing, electrician, dan renovate rumah seperti tandas dan mengecat. aku percaya itu tidak lahir dari teori tetapi melalui pengalaman hidupnya. bagiku, dia seakan 'Macgyver'

tidak mengira kerja itu kotor zahirnya, outcomenya sedikit, tetapi pada dasarnya halal pekerjaannya. ada 1 ketika, aku bersama ayah membetulkan pintu rumah sampah di sekitar kuala lumpur.

Bayangkan, kalau orang kata sampah itu busuk dan bukan utk didekati, ayahku membelakangkan soal itu kerana di situlah pintu rezekinya. hari2 itu aku menjadi pembantu setianya.

dan ada sekali aku membantunya membaiki 'clutch' traktor,.. berminyak, campur berpeluh mengerjakan besi ini yang hampir seberat ratusan kg ini. ternyata bukan mudah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku belajar dari sikapnya,

biarpun hidup sukar, dia tidak pernah kedekut dengan senyuman dan peramah orangnya, senang didekati dan tidak ambil hati. Dan tidak kusangka, ayahku ini bukannya seorang yang berdendam..

kerana masakan tidak, setiap kali hari raya, dia masih lagi melawat ayah kandungnya yg 1 ketika dulu pernah meninggalkan keluarganya itu.. mengambil berat lagi pasal ayahnya itu meski kini ayahnya itu sudah kembali kepada Ilahi.

kendatipun byak kekurangan dari sudut mendalami serba serbi dalam bidang agama kerana keluarganya tidak terlalu menekankan, dia tidak segan belajar daripada ibuku , dan syukur kerana ilmu yg kutimba sewaktu di sekolah agama dulu,  dapat membantu ayahku itu.

---------------------------------------------
aku tahu ayahku tidak sehebat ayah2 lain di dunia ini yang semestinya kerja bagus2, berjawatan tinggi malahan
hebat lagi.
Tapi di mataku, dialah lelaki terbaik yang pernah aku temui dalah hidupku. terima kasih ya Allah kerana menjadi dia sebagai walidku.
semoga dirahmati dan diredhai dalam hidupnya. amin

  'biar dompet kita nipis, tapi jangan akhlak tu yang menipis'

  ' walaupun hidup kita ini susah, tapi lihat ada orang lagi susah dan menderita, bersyukur la '

'insyaallah, biarpun walid hanya seorang mekanik biasa, tapi anaknya nanti menjadi doktor islam yang luar biasa'

Thursday, June 16, 2011

aNtaRa SeLayanG PandanG daN KebenaRaN

1 comments
salam mujahadah,

sekali dan dua kali pandang pasti tidak akan sama, tp mana 1 yg betul??

alhamdullilah, masih diberikan kekuatan untuk terus menerokai bumi Allah yang penuh barakah, kita mempersoalkan selayang atau sekilas pandang akan membuatkan kita faham segalanya, atau dengan memahami situasi ketika itu...

2 situasi akan aku cuba timbulkan:

::seorang insan berpakaian jubah ditemui meninggal dunia akibat strok di dalam  kelab malam::

                                                               &

::seorang insan yang meninggal dunia dalam keadaan sujud di surau  kampung. Kematian dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi::

bahana selayang pandang

situasi pertama:

membaca sahaja terus kita akan lontarkan ketidaksangkaan dengan fi'il seorang insan ini, kesilapan besar yang dilakukannya membuatkan kita rasa sebegitu. Sepertinya keadaan zahirnya bertentangan dengan perbuatannya. barangkali tanggapan orang:-

'ha, tengoklah Allah nak tunjukkan. manusia bertopengkan agama inilah akibatnya'

ada yang lebih kejam mengatakan;

'menjatuhkan maruah agama betul, mati masuk neraka,' katanya dengan geram. 
( senangnya menghukum si mati dengan penyataan sebegitu, siapa kita nk nak menentukan tmpatnya di akhirat)

respon tipikal yang akan dizahirkan berikutan berita yang dikhabarkan. Lain pula kisahnya dengan khabar yang kedua.

Dengar sahaja, sejuk hati kita mendengarnya. bukan mudah nak meninggal dunia dalam kondisi begitu. Diberkati. dalam solat lagi. Sememangnya menjadi impian semua orang yang beriman untuk kembali ke rahmatullah pada masa dan tempat yang tepat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

kebenaran yang kontradiksi

sesungguhnya setiap yang hidup akan mati, panggilan yang tiada tangguhnya. tidak kira di mana dan bila.. sudah tiba masa pasti akan kembali kepada penciptanya. (2:185)

persoalannya, adakah ini kesudahan mereka? sepertinya dengan statement itu, kita memahami lalu memberikan konklusi sebagaimana yang tadi. Adilkah ini semua berakhir dengan persepsi manusia di sekelilingnya berkata begitu??

O0o0o0o0op.. tunggu dahulu. kita dengarkan dahulu kebenarannya..

' orang itu sebenarnya dalam usaha melaksanakan dakwahnya di tempat yang penuh maksiat tu. Beraninya, usahanya luar biasa berbanding insan yang lain berdakwah di kalangan yang masyarakat yang normal sahaja. Allah. ( aku pun terasa). 

Mungkin dah sampai waktunya, Allah menarik nyawanya ketika berdakwah, aduhai mulianya.

tersentak?!! hmm.. macam mana dengan yang ini...

' rupa-rupanya, insan yang dipercayai meninggal dunia di surau itu terbabit dengan sindikit mencuri tabung surau. Setelah diperhatikan pergerakannya melalui cctv (surau moden :), sindikit yang telah berlaku buat kali ketiga di surau itu berjaya ditumpaskan. 

oleh kerana ternampak kelibat seseorang memasuki ke surau, si fulan segera membentuk posisi sujud dan tidak disangka-sangka kipas dinding menimpa kepala si fulan seraya meninggal dunia.

lagi haru mendengar penjelasan situasi kedua ni. hancur. disangka yang baik boleh dicontohi tapi segalanya carcamerba.

jadi, lesson of the day, memahami dahulu situasikan lebih baik, jangan terus menghukum andai kalian kalian berhadapan dengan situasi sebegini. Sesungguhnya islam berkehendakan begitu.

fikirlah dahulu, 

 bukan terus  melulu,

alangkah baik begitu,

moga menjadi matang selalu.

mata zahir senang dimanipulasi, lihatlah dengan mata hati

Monday, June 13, 2011

lelap dan silap

0 comments
salam mujahadah,

cuti yang hanya sekejap telah membuatkan aku lelap... sehingga meninggalkan blog ini bersawang dan berhabuk. Ya Allah, hakikat mengekalkan adalah lagi susah daripada mendapatkannya. momentum ingin menulis sesuatu yang bermakna persis ada naik dan turunnya.
manusia fitrahnya tidak sempurna... tp adakah itu justifikasi yang membuatkan kita alpa dengan obligasi kita. beringatlah sesungguhnya hidup kita ini berhutang dgn-Nya

silap itu bukannya untuk dipertahankan , tetapi utk disedari dan diperbaiki.  usah menuding jari kerana silap sendiri; 1 jari ke orang lain, 4 jari yg lain menuding kpd anda. ruang dan masa masih terbentang luas insyaallah, ayuh terus beringat dan harus diulang.

alhamdullillah, menjumpai semngatku kembali, syukran :)

Thursday, April 14, 2011

mencari perkaitan dan hikmah...

0 comments
salam mujahadah,

alhamdulillah, masih dikurniakan kudrat dan semangat untuk menekan butang-butang kekunci ini , dan tertera satu demi satu huruf, lalu membentuk perkataan dan lantas ayat yang sedang anda mungkin baca kini. implisitnya cuba memberikan yang luar daripada biasa, bukan sekadar garapan dari seorang budak jurusan medik yang barangkali 'skem' gitu. Moh baca 1 kisah.

kisah 1001 hikmah, bukan 1001 hikayat...

raja dengan penasihatnya ( the King's speech)

Hatta, dijadikan satu alkisah, terdapat satu kingdom islam di nun semenanjung arab, yang ketika itu dipimpin oleh khalifah yang masyhur... yang mana pemerintahannya di samping seorang penasihat yang sabar orangnya kerana apabila ditimpa sesuatu ujian, penasihat itu berkata,' pasti ada hikmah di sebaliknya,"

Monday, April 4, 2011

video promo program a tour to de hell...

0 comments
salam, lps mempromote alumni, yg ni rentetan prog. yang nk dijalankan, hrap sampai mesej~

Saturday, April 2, 2011

aku rindu ingin kembali di bwah pimpinan sseorang-

5 comments
salam mujahadah,

ternyata kini amat kecewa. Dibelenggu perasaan yg tidak langsung menunjukkan sifat kepositifanku. atas satu sebab, terkilan dengan pemimpin semasa.

INTeC, satu tempat yang terasing bagiku, berlainan biah dan variasi fikrah dijadikan hujah aku kata begitu, Dulunya aku dipupuk dgn jiwa leadership dan alhamdulillah keluaran sekolah bernama SEPiNTAR ini ingin terus ke hadapan..

di situ, aku dipilih untuk bersama dalam sinergi 1 organisasi yang utama kt sana,bersama rakan seperjuangan gerangannya Aufa. pemilihanku tidak mengikut prosedur, dipilih atas dasar kuasa autoriti pemimpin, berbeza dgn yang lain mengikut demokrasi sekadar ingin menemani aufa yang dipilih menjadi orang kedua terpenting, itu hasratku untuk berada dalam organisasi. tidak lebih dari itu.

bukan menilai dari atas kaca mata membuta tuli, tapi adalah pengalaman berkhidmat di bawah pimpinan seseorang dahulu. aku sedar setiap manusia berbeza kerenah dalam memimpin tapi adakah segalanya berbeza dan atas sebab apa ada perbezaan itu??

kurang ilmu??? ya dan itu boleh ditingkatkan... kurang pengalaman??? ya dan itu kita boleh belajar melalui pertanyaan dan perbincangan... kurangnya sikap??? ya dan itulah kunci sebenar yang perlu dicari dalam misi menjadi pemimpinn sebenar.

sikap terlalu defensif, mempertahankan idea dalam memberi pendapat, langsung tidak memberi ruang untuk utk orang lain utarakan pendapat.. adakah itu elok???

anda kata anda bersama kami dalam melaksanakan kerja,'bersama'... define term ' bersama' ... bersama kami dalam melakukan kerja, atau bersama kami hanya untuk melihat, ye mungkin memantau, tapi adakah salah kalau pemimpin bersama untuk tolong kami dalam kerja ini, x kisah walaupun dalam kerja yang mengeluarkan peluh jantan ckit... tapi maaf kalau saya kata anda kurang lagi dari segi itu..

saya memahami anda ialah ketua, tapi klau anda ikut kepala anda shaja, bagaimana pula dengan kami di sini, pernahkah anda terfikir, sehinggakan anak2 buah anda ada yang ingin memberontak, bertindak utk keluar dari organisasi, tinggalkan anda sorang2 dalam membuat kerja hingga ke akhir??? masakan pokok boleh bergoyang klau tiada angin.

buang2 la sikap kroni dan obsessi trhadap sesuatu lagi2 dalam memimpin, anda hanya memandang berat pada sebahagian pihak, tetapi yang lain dibiarkan dan tidak dihiraukan langsung, mgkin mereka ada masalah, di situlah ketua ada untuk membantu bukan lagi membuang mereka..

(istifar)... anda bagus ada karisma, bukan nak menyatakan ada buruk dalam serba serbi, tapi kekurangan ini yang membuat anda membunuh potensi dan reputasi sebagai pemimpin.

-------------------------------------------------

sudah tiba masanya, utk kita duduk dalam 1 meja bulat, bukan perjumpaan biasa tapi objektifnya untuk membetulkan salah silap dalam memimpin. x salah utk saya kata pemimpin menerima teguran orang lain dan meminta maaf atas kesilapan. jatuh ke ego kita?? ambik pengajaran dari kisah khalifah umar al-khatab..

shift ur paradigm dalam memimpin, dan ambillah konflik yang berlaku skrg ni sebagai ujian dalam memimpin dan petunjuk untuk kita berubah, aku x kata anda shaja, tapi aku guna kita, sbb aku pun manusia biasa.

-----------------------------------------------

aku rindu untuk berkhidmat bersama insan yang aku sanjungi sehingga kini, bukan setakat pemimpin di sekolah mahupun di DQ, tapi masih lagi pemimpin dalam kehidupan sahabat-shabatnya yang sudah berjauhan dengannya ... apabila ditanya dan diamati, pimpinannya dulu x ubah persis mengikut cara pimpinan rasulullah dalam menjadi leader. aku pun terus begitu...

exco dalam kenangan

aku x pandang exco ini hanya skadar organisasi, tetapi tempat di mana sahabat seperjuangan ikhlas dalam membanting tenaga demi perjuangan.

jadilah pemimpin kerana mencari keredhaan-Nya, bukan kerana mencari NaMa~ :)

Friday, April 1, 2011

montaj edited for alumni i-prokhas

1 comments

sekadar informasi~

i- prokhas merupakan program motivasi ala2 kembara utk pelajar muslim yang akan fly nanti, yg diterapkan dalam program tersebut antaranya ada fikh traveller, pengurusan jenazah, dan sebagainya sebagai umumnya,