Friday, February 1, 2013

Kapan aja ujian menambrak

1 comments
salam perjuangan,

andai ketika branchial arch III  tidak terbentuk dengan baik saat aku masih dalam kandungan ummi,
pasti mulut ini tidak akan terbuka dan tertutup utk meluahkan madah bicara

andai neural tube tidak dibentuk baik saat ini, pasti pembentukan cerebrum, cerebellum dan keluarga otak yang lain, akan berkembang tanpa sempurna, dan kita tidak lain digelar mental retarded, dan saat itu kita dialienasi disebabkan kelainan kita antara yang normal.

even if I am mentally retarded, this thought will never cross in my mind, in the first place.

tidak pula terdetik untuk berfikir pasal diri, apatah lagi ummah. Yang pasti, ada tempat yang sudah direserved untuk aku di Jannah sana.

Ironi.

"Kau ni dah cukup sempurna. boleh berfikir baik buruk, kau punya tanggungjawab untuk diri kamu atas nama Islam"

Huh, embriologi membuatkan aku berfikir. Genetika apakah lagi.

Dunia diisi juga dengan pelbagai moster hidup yang lahir atas kehendak-Nya. Puncanya, mutasi yang berlaku hebat ke atas manusia seperti aku, kau dan mereka.

Sebenarnya kita sedang berperang

dengan musuh cilik tapi kejam bernama virus.

Penangan dari ujian blok yang lalu dan akan tiba.

...........................................................................................................................

Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila sudah lulus dan dipilih

Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.

Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.

Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.
Ujian adalah pentas sandiwara
mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
bila engkau diberi watak menderita
hingga berjaya membuat penonton menangis

ketahuilah
engkau adalah pelakon penting
diasuh untuk menjadi bintang
bakal menerima ganjaran lumayan.
Apabila engkau menjadi pelakon
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah. 

p/s: panjangkan doa utk exam final blok ini. allah yusahhil.

Thursday, January 10, 2013

#3 word wisdom

0 comments

salam perjuangan.

sekali lagi, dipukul. wake up call. Alhamdulillah. ada orang mengingatkan, dan saya juga akan mengingatkan.

p/s: ramainya insan-insan yang saya sayang dan sanjung jatuh hari lahir bulan januari ini. Pertama, Mursyidul Am parti politik di Malaysia, PAS jatuh pada hari ini. 10/1. Antara katanya yang diutarakan,

"Bismillah, sesungguhnya usia adalah nikmat yang akan ditanya oleh Allah swt. Semakin bertambah usia seseorang, ertinya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab dihadapannya nanti, biarlah nikmat kehidupan ini menjadi saksi bahawa kita telah melakukan amal soleh di dunia ini, in shaa allah."

aku percaya, usianya terlalu banyak dihabiskan di ruangan dakwah. moga allah memberkati pejuang agama ini. kedua, ummi dan walidku masing-masing sudah bertambah usianya. Berfikir sejenak.

On top of that, our beloved prophet, Rasullullah birthday is coming this january. Do we forget about him?

Friday, January 4, 2013

"100 plus" untuk pemuda

0 comments
 
 T.Perahu. Bandung

Salam perjuangan

Rasulullah SAW menjadikan pemuda sebagai anasir taghyir (unsur-unsur perubah). Mereka dilatih dan dibimbing untuk menjadi pemimpin dan juru dakwah. Mereka dibentuk menjadi mata rantai Islam yang tangguh dan cekal. 

Mereka antaranya ialah Ali bin Abi Talib R.A, Mus’ab bin Umair R.A, Sa’ad bin Abi Waqash R.A, Zaid bin Haritsah R.A, Umar bin Khattab R.A, Usamah bin Zaid R.A, juga kebanyakan para sahabat Nabi"

Sebagai contoh, da’ie dan duta Islam pertama yang diutus Rasulullah SAW di kota Yathrib adalah Mus’ab bin Umair R.A. Dahulunya sebelum memeluk Islam, beliau adalah pemuda yang kaya hidupnya agak mewah. Setelah menerima Islam dan ditarbiyyah Rasulullah SAW, Mus’ab R.A berubah menjadi pemuda sederhana, tetapi aktif di jalan dakwah dan jihad Islam.

 Sehingga wafatnya Mus’ab, Rasulullah SAW menitiskan air matanya melihat Mus’ab yang dahulunya mewah, hanya dikafani kain yang yang tidak cukup. Beruntunglah Mus’ab R.A sebagai pemuda dakwah yang telah menjalankan amanahnya.

Pemuda sebagai hujun tombak untuk dakwah, maka Islam pun meluncur bagai anak panah. Potensi tenaga muda mereka diarahkan untuk hal yang positif dan membangun (jiwa Islam).

apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, sedang belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar' (3:142)

in shaa allah!

Wednesday, January 2, 2013

::Duhai Alat::

0 comments

wahai alat,
aku dihukum oleh kerana aku menggunakanmu, aku kini menjadi "hamba"mu

wahai alat,
aku tahu adanya kau yg lahir dari fikiran manusia itu memudahkan, melicinkan kehidupan ini, namun aku yakin, dan pasti ada limitasi yang ada pada kau.

wahai alat,
sifatmu ada kekurangan justeru, aku akan kembali utk merujuk kepada kalam-Nya yang lengkap; yang ada pada ultimate reference itu , kau juga harus ada, kerana hadirmu mempunyai nilainya yang baik untukku

wahai alat
kalau yang ada padamu, tidak ada pada rujukanku , akanku cari hujah utk pertimbangkanmu, kalau kemudaratan itu lebih banyak, aku kutolak kau, apatah lagi, yang bertentangan dengan rujukanku.

wahai alat,
kau hanya aku per'alat'kan, jauh utk aku jadikan ia matlamat
kerana matlamatku itu hanya pada perjuangan agama Allah yang suci.

That makes the differences between us.

Saturday, December 29, 2012

#2 when picture Speaks

0 comments

Ambil hikmah, bukan terus kata mereka ini salah!

henshin TIADA Gunanya kalau....

0 comments
terang- terang, manusia tersuluh cahaya benderang,
gelap-gelap, dibayangi dunia insan tersilap.

Tadinya, secangkir teh sariwangi dan sepinggan cucur menemani saat-saat ghurub(terbenam) matahari di ufuk barat. Aura panasnya membugar seperti dapat melawan kedinginan petang yang dihujani air-air yang turun dari langit Ilahi. Terasa nikmat sebentar, saat duduk-duduk menunggu azan akan berkumandang. Fikiran tertumpu kepada pencarian 1001 hikmah yang terselindung di muka bumi Allah ini lebih-lebih lagi di muka bumi Pak Hamka.

" Ni lah istimewanya kalau kuliah di Uni Kristian ini, tiap hujung tahun pasti cuti menjangkau ke awal tahun baru masihi"

"Adala gaya mcm cuti winter atau summer klau duduk negeri atas angin.tapi ini versi Nusantara"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau hati ini boleh dibuat kompartmen, dibuat laci, ditambah extra features contoh tempat hanger, pasti akan diletakkan segalanya dari sejarah nostalgia dulu-dulu, komitmen, keinginan, dan sebagainya.

"Alhamdulillah, ada seorang abang, telah menunjukkan ke mana haluan hidup ini harus diarahkan. Sekarang  baru aku mengerti, hidupkan islam dalam diri kita, bukan tercetak sebagai retorik semata. Kini kompartmen dalam hati ini perlu aku rombak semula, akan kuletakkan ianya tertinggi sekali bahagiaannya"

orang yang tiada kehidupan, ialah orang yang tiada prioriti dalam hidupnya- Dr Muhaya

Kesedaran kian berputik. Usaha dan doa tidak putus-putus dilakukan agar hidayah ini terus melembutkan hati-hati ini dan menggerakkan kita sebagai muslim. Namun kita terlupa, untuk meminta kekuatan dari-Nya kerana sesungguhnya dunia ini kuat pengaruhnya bahkan boleh jadi dominan ke atas kita.

Dalam hidup ini, itulah medan aplikasi untuk ilmu yang didapatkan, melihat sekuat dan bererti apakah jiwa-jiwa yang ditarbiah. Dalam perjalanan ini, kita bersosial, berpersatuan dan tentunya bergaul dengan makhluk Allah yang hidup di atas muka bumi ini.

Apa yang menyedihkan, ada jiwa-jiwa yang ditarbiah ini terlalai dengan ikhtilat antara lelaki dan perempuan, akhlaknya yang kurang molek untuk dipandang, terabai sesuatu dalam kepimpinan berorganisasi. Sepertinya tiada makna tarbiah itu, dan seolah-olah ada dikotomi antara agama dan personal life?

sudah masanya, shift our mind yang islam is always applicable in our life

Mungkin sudah masanya, bercakap apa yang perlu, hal penting apabila dengan yang berlainan gender, kalau nak berkongsi kita ada lagi sahabat serumah, tu ha, ada family utk luahkan apa-apa masalah. yang lagha tu, x payah la rasanya.

sudah masanya, kita molekkan bicara kita, berhentilah menyinggung perasaan orang lain, dan alangkah baik, klau kita seek to understand people, then to be understood. kalau orang lain x menanggapi kita dengan baik, makanya ada masalah dengan insan itu.

sudah masanya, dalam berorganisasi, kita islamisasi organisasi kita, tidak kira kita ketua atau hanya ahli biasa. contoh mudah, kita berhenti sebentar andai sudah waktu solat, memberi pendapat atau mengkritisi sesuatu pendapat itu tidak menghentam, hadirkan cara yang bersesuaian untuk menanggapi dan sebagainya.

sudah masanya, untuk reconstruct balik dan orientasi semua minda ini sesuai dengan panduan evergreen kita, Quran dan As-sunnah. Tanya diri kita apakah ultimate tujuan kita mahu bersama-sama dalam perjuangan ini, adakah sekadar trend ikut-mengikut, atau kerana ada redha-Nya yang menanti? syukur kita diberikan hidayah untuk memahami erti islam yang sebenar-benarnya, diberikan al-fahmu dalam perjuangan ini. moga-moga terus tsabat sama-sama kita terus titipkan doa.

tidak sesekali meminta untuk menjadi perfect, bahawa sesungguhnya, ibtila' dari Allah tidak akan berhenti kunjung tiba untuk menguji hamba-hamba antaranya, dengan dunia ini yang ramai di kalangan masih menolak kebenaran, ada pula yang mengambil secara sebahagian, dan mengabaikan sebahagian yang lain, atas pagar, melukut di tepi gantang dan semangat fanatisme yang melebih-melebih atas sesuatu yang batil.

Itulah realitinya, dan makanya, itulah resmi kita dipilih untuk berada atas jalan ini.

Islahlah dan men'islahkan ,wahai ansarullah!

p/s Henshin means berubah in jepun, siapa2 yang gemar tengok cerita kamen rider, kt situ henshin ni byk kali digunakan especially nak bertukarlah.

Wednesday, November 14, 2012

Muhasabah maal hijrah

0 comments
salam alaik, hmmm ( tarik nafas )..mulai

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,

Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah. 

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

dikongsi- iluvislam.com

p/s : telah kembali, dari sakit ditelan "black hole". Ruang ini mungkin sudah menjadi ketiga dan keempat dalam carta hati untuk mencurah idea dan perkongsian, Dunia maya, penuh dengan huruf dan aksara, tetapi kuasanya kurang menyengat apabila tiada bahasa badannya. Hanya pendapat. mungkin penulisan bukan ahli bagiku. Tetapi tetap percaya mata pena boleh mengubah pemikiran manusia!