Tuesday, March 30, 2010

menyingkap suatu fikrah...last part

1 comments
bismillah
Narrated by Abu Huraira: Allah's Apostle (pbuh)
said, "Whoever says, 'Subhan Allah wa bihamdihi,' one hundred times a day, will be forgiven all his sins even if they were as much as the foam ofthe sea. [Bukhari]

salam ukhuwah , permulaan yg baik hari ini ,hadis yg ada menyebut tentang maslahat tasbih 'subhan Allah wa bihamdihi' . andai menjadi amalan utk kita setiap hari , tidak kiralah berapa kali ttp mengikut keafdhalan 100 kali , mudah-mdahan dosa kita akan diampunkan spertinya bnyaknya buih2 di lautan. insyaALLAH. ( peringatan khusus buat diri ini dan mungkin yang mmbaca)MySpace

sambungan version 3.2

day 4

tidak perlu rasanya menceritakan benda yang sama setiap hari , cukup kiranya kita mengambil yang signifikan memandangkan akan menjadikan bacaan semakin bosan utk digarapkan bersama elemen yg berulang-ulang.

Hari terakhir ini , tinggal 1 jabatan lagi untuk dilawati iaitu Jabatan Orthopedik . department berkaitan tulang -belulang .

suatu kebetulan , selama 4 jam di sini , ekspedisi kali ini dilihat lengkap sekali . ada sesi di wad , diskusi bersama pakar dan MO ,dan sesi klinikal. tidak perlu tergesa-gesa.

melawat di sekitar wad , sememangnya pesakit yang datang memiliki al-kisah yang tersendiri.
ada yang mengalami trauma itu lebih parah ditambah dengan kecederaan fizikal yg teruk sekali.MySpace Segalanya diserahkan kepada doc. yang bertugas di situ.

obligasi sepenuhnya di atas bahu doc. Jika ditanya satu persatu ttg patient di setiap katil kepada doc. , ingatannya cukup jelas dan jawapannya cukup utk menjadi pengetahuan kami semua , dari A- z... perihal pesakit , isu terkini , dan cara rawatan dan perkembangan. cekap sungguh doc.2 di sini .

cara rawatan

kalau pesakit di sini tidak tahu berterima kasih , malahan mengutuk2 lagi pekerjaan mulia ini
mmg orang tidak tahu bersyukur langsung.mgkin sedikit kesilapan itu adalah lumrah manusia , ttp x wajar klau nak dibandingkan dengan pengorbanan dan kesungguhan doktor selama ni.

sebagai pelajar kita berlawan utk kejayaan diri . sebagai doktor mereka berlawan utk nyawa sendiri dan org lain.MySpace fikirlah sebaiknya!

selepas itu , kami dibawa utk bersua dengan ketua jabatan department itu , dato' dr zahmy .
dr pun ada juga dapat dato' . bukan calang-calang orang ni .tapi mmg humble dan down-to-earth man.

bercakap penuh dengan analogi , sbb dia tahu kalau cakap dengan kami yang masih lagi cetek ilmu perubatan nh baik yg lebih mudah difahami semua.lagipun bukan smua drpd kami akan mengambil medical nnti dan menjadi doc. kelak.

menanti head department dtg..lama sungguh.

'UPSR 5A is like u have ran 100 m dash , PMR 8-9A resemble that u have dashed 200 m run..
SPM 9-11A is like u ran 400 m dash.' but when u decide to take medical course , u have to start a long marathon , 5- 6 years u will run perfectly and face many obstacles along ur track. after that u gonna have another 2-years marathon with more hills and obstacles ahead. Your life then will continue running and running ,and no turning back. u will get remorseful when u only make it halfway.'

betul katanya, perjalanan hidup ini sememang jihad . ' Now what u doing here is only smell the aroma of being the doc. but not taste yet , still u have time to make right choice for your life if u start to have no feeling about doc.'

terkaku dan terkesima ana seketika , kata -katanya benar menyentap pendirian tetapi iltizam dan ruhul ana yg sudah berada di dunia perubatan ini sejak form 1 dulu menjadi indikator penting utk terus berdiri teguh dgn pendirian ana.

ana tidak lari daripada mengingati kalam ALLAH ini , '

dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya.Sesungguhnya
Allah maha perkasa lagi maha kuasa.- surah Al- Hajj:40

inilah janji Allah yang menjadi sumber kekuatan ana dan lain dalam menempuh hidup dunia yang sementara serta mengejar keredhaannya. mgkin ini sudah cukup untuk diceritakan untuk yg terakhir kali ini. 4 hari di hospital banyak memberikan 1001 pengetahuan dan pengalaman berharga di sisi hidup meskipun perjalanan ana masih jauh lagi . Doakan kecemerlangan kita demi menegakkan islam yang syumul kelak. interview JPA telah pun dapat , insyaALLAH andai diberikan peluang, ke eropah atau india menjadi pilihan destinasi utk melanjutkan pelajaran.
tinggal buat terbaik semasa interview , insyaALLAH MySpace

credits to group 3- people.. thank u

syukran dan ALLAHUa'Lam

menyingkap suatu fikrah ... part 3.2

1 comments
sambungan version 3.1-

Dr Sabariah namanya. umur ala-ala 50 -an dan sekarang menjawat sebagai konsultan dalam jabatan kecemasan. Dialah yang banyak memberikan nasihat dan penerangan kepada kami sewaktu sesi tersebut. Antara penerangan yang menjadi ingatan selalu ,

when u encounter the death of patient , u can't immune to it but u can deal with it ..

Memang sahih belaka apa yang dikatakan beliau. Memang menjadi kebiasaan dalam hidup seorang doktor bahawa kematian sering terjadi di depan mata kita. Jadi , kita tidak boleh membiarkan hati kita mati kerana fobia dengan apa yang berlaku , lagi2 berpunca daripada kita sendiri lalu berterusan dan itu la yg dimaksudkan dengan 'immune' td.

oleh sebab itu , ' Deal ' itu sudah cukup untuk mmberitahu bahawa motivasi diri amat penting ketika berhadapan dengan situasi sebegini. maka kembalilah kepada islam yang mengajarkan
bahawa sbagai doktor yakni hamba ALLAH , kita sudah mencuba dan yang terbaik. Andai ajal mautnya sudah sampai , itu adalah kerana ALLAH lebih menyayanginya kerana kematian itu adalah pasti.

' semua insan akan menghadapi kematian ' kalamullah.

selepas itu , kami diminta untuk berada dalam 4 kumpulan berbeza untuk diserapkan di 4 bahagian berbeza; 1- zon merah (kritikal) 2- zon kuning (separa kritikal) 3-zon hijau (x kritikal)
4- zon pemerhatian. untuk menghabiskan kira 14 jam di wad itu sehingga jam 5 pagi, rotation dilakukan agar smua dapat merasa di setiap zon.

wad zon merah

bagaikan satu kebetulan kami di situ malam tersebut , 1 situasi yang menakutkan kami semua berlaku . sekitar jam 10 malam , ambulans tiba dengan siren menandakan suatu kes emergency akan diselesaikan di sini . pesakit yang baru tiba itu dibawa dengan segera ke zon kuning .

ibarat nyawa-nyawa ikan. pesakit yg dipercayai terkena renjatan elektrik itu tidak sedarkan diri . ECG ( benda yg mmbaca nadi pesakit ) tampak kian lemah. salah seorang doktor di situ meminta kami melakukan CPR ( cardio pulmonary resuscitation) utk mengmbalikan denyutan jantungnya mengikut gerakan tangan.

hah! biar betul doktor ini. 3 orang sahabat ana buat setelah diberikan briefing time tu juga. Buat- buat di akhirnya... innalillahi wainna ilaihi raji'un.

meninggal dunia! Ya ALLAH salah kami ke tidak wat betul2 CPR tu? . meruntun hati ni tgk kematian tu. diibaratkan seperti tanggungjawab tu terbeban di bahu kami. MySpace Aku kemudian teringat sepintas lalu kata doc. td. Mungkin dari sudut lain , doc. itu sudah tahu hope utk patient tadi hidup sudah di luar jangkaan. CPR tadi cuma bantuan sampingan semata-mata.

Ya ALLAH kau uji kami smpai begitu sekali meskipun kami masih lagi menyimpan niat menjadi doktor. kepada Kau lah aku memohon pertolongan.

pkul 12...1 pagi...2 pagi.. mata semakin kuyu , penglihatan pun dh makin kabur .
mengantuknya~MySpace

tatkala jam 4 pagi pun ada yang sudi berbicara , minta maaf awal2 dh lalok sgt

3 pagi ... seterusnya menjangkau 4 pagi ... waktu ini lengang selengangnya kat segenap wad. kebanyakan pesakit dah pun tidur ,namun kelihatan doktor dan nurse yang segar2 dan bersedia utk apa keadaan. Waktu ni gak ada juga doktor yang masih berdiskusi dengan kawan yang lain tentang pengalaman. bagus betul mereka ni. Ana dah semakin lalok dibuatnya.

5 pagi tepat ditunjukkan jam. ALHaMDULILLAH , tamat juga akhirnya. ramai kawanku yang balik diambil oleh mak bapak mereka. sebaliknya , ana , hafizi dan busyori (adik naqiuddin f4)
x berhajat utk pulang dan hanya melelapkan mata yg hanya 1 jam lg utk subuh di surau berdekatan.nasib baik la dah biasa kat asrama dlu , makan , tidur , belajar , tengok kasihku seru pun kat masjid , masyaALLAH. pengalaman mematangkan diri.

day 3 - 0800

selepas subuh kira2 jam 6 30 pg dan tidur seketika , bersarapan dan siap segala ( x mandi! tapi perkemaskan diri la) . Kami bergegas ke jabatan Surgeri. Pada waktu lawatan kami itu , jabatan itu sedang mengadakan sesi klinik utk pesakit yg baru dtg. Tiada yang istimewa di situ . Cuma beberapa perkara yang menarik untuk diketengahkan.

biarlah minat yang mendahului segalanya, bukan dikuasai emosi dan nafsu ,juga paksaan yang
membantut keinginan.

FAMA = father mother...

prepare yourself with well spoken English nnti. ada kebaikannya..

kata2 dari seorang medical officer yang bertugas di situ. itulah yang mnguatkan aku drpd trus dihanyut dan trus menglamun..

pada petangnya, kami trus dibawa ke jabatan perubatan Am..Antara wad yang trsibuk kat hospital itu. sekali lagi , kami dibawa ke bilik seminar utk berdiskusi dengan head department itu. doctor jason namanya. sekilas pandang sudah tahu doc. ini memang hebat orangnya.
penuh falsafah orangnya. ada sekali tu dia berfalsafah dlam bahasa cina ' jangan jadi perahu di atas lautan , sekejap ke sini skejap ke sana'

dalam al-quran pun sudah menerangkan dengan jelas sekali ,' berpeganglah pada tali ALLAH'
menjadi indikator penting agar kita trus teguh di atas landasan nya. falsafah kadang kala ada sngkut paut dan akhirnya kembali kpd 2 kitab suci ini .. izzahnya islam ni. Kadang-kala juga , falsafah pun menyesatkan manusia cth;- matlamat (niat ) menghalalkan cara! .berwaspada.

tapi pesan nya smbil berfalsafah - ' kenapa kita yg x sberapa nh nak mencintai sseorg yg cantik dan semestinya direbut oleh ramai org di luar sane. kenapa tidak mencintai org yg lebih kurg kita tetapi mencintai kita seadanya'

dalam erti kata lain,' nnti bila kamu ingin menyambung specialist , pilih lah bidang yang tidak ramai mengambilnya, tidak kah kita rugi mengambil bidang yang begitu kompetitif persaingannya dan risikonya nnti x tercapai oleh kita.? jadi pilih la yg seeloknya'

betul juga madahnya tadi. biarlah masa yang menentukannya nnti.

kemudian , kami dibawa melawat ke sekitar wad. dipimpin oleh dr. farid fikri a.k.a abg rabbit!
x sangka kecil betul dunia ni. abang doktor rupanya , x ubah mcm adik dia. haha

hampir 2 jam di sana, jam pun sudah menunjukkan jam 4 petang , kami semua dibenarkan pulang. akhirnya! boleh la menjejakkan kaki ke rumah setelah 2 hari 1 malam di hospital. penat sungguh!MySpace

syukur. dah fham sebabnya kenapa x ada part 2. sebabnya hari pertama =part1 hari kedua + hari ketiga (ade on call) tu la trus =part 3 ...alhamdulillah .

nntikan part akhir.MySpace

menyingkap suatu fikrah ... part 3.1

1 comments
bismillah-
Ya Tuhan kami , berilah rahmat kepada kami dari sisi- Mu... dan sempurnakanlah
bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)- surah al kahfi 18:10

salam ukhwah... menulis ini hanya secangkir cuma landasan utk berdakwah , andai tulisan ini tiada nilainya.. ana minta maaf atas segala kekurangan..

alhamdullilah, ada sedikit masa utk mencorak dan mmperbaharui fikrah atas dasar pengalaman ana di hospital, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa terus ke part 3?
ada kisahnya.. dengarkanlah- MySpace

day 2- 0800

setibanya ana pada awalnya ,berkumpul bersama rakan sekumpulan , disegarkan dengan bacaan doa oleh seseorg melalui interkom di hospital sungai buloh. Semangat perjuangan dan iman ana ibarat di 'top up' tatkala dibacakan doa. ' Alhamdullilah , bagus sungguh hospital ni , di setiap sudut regardless of pejabat , ward , kafeteria kedngaran jelas , andaiku menjadi doc. nnti , hospital inilah posting ku yg pertama kupilih' , bisik sukma ana.

tiada perbincangan dan perjumpaan umum seperti semalam , kami terus bergegas ke Jabatan
Forensik , dalam fikiran ,' pagi- pagi lagi disajikan dgn mayat , orang mati , post- mortem , x pe diriku tidak keseorangan'

kami semua ditempatkan di bilik seminar dan tampak dihadiri oleh 2 orang jejaki yg dilihat ala 40-an, Dr , Syahidan namanya. permulaan itu diisi dengan suai kenal dan lawak bersahaja oleh dr tersebut . Keterampilannya dan perwatakannya mula mmg lain drpd yg lain. Memang petah berhujah dlam pelbagai perkara - sains , perubatan dan Islam terutamanya. itu yang begitu menarik perhatian ana .

bilik seminar

dia bertanyakan seorg cina ni, ' u agama ape' 'kristian ' jwab cina trsebut . 'do u believe in god , because kristian kan trinity ( 3 in 1 ) , so u believe ade 3 tempat paling atas ' .' ya , sya percaya god ,tp yg 3 tu pun sye percaya' , tegas cina tersbut ...

dr syahidan said,
' ISLAM is not like that , we believe that is the ONLY ONE Superb Being , ALLAH , u believe ALLAH ? ..' jelas dr. itu..

Wow, disgkakan hanya perbincangan biasa , tapi dh mcm nak bermujadalah dah (debate )then , the another girl beside him ,also chinese , he also ask the same question to her - she answered , ' i'm sorry doc , i'm free thinker' ' so kamu ateis la , tp x kan kamu x percaya ada tuhan ?'

tergamam cina tu. Respect sungguh ana dengan doc nh buat smpai begitu sekali.' we believe that ALLAH is the god , and Muhammad is the Prophet and the Messenger' . kalimah ni tidak ubah macam kalimah syahadah teragung yg selalu kita baca selali. The doctor is not just hold the title as the doc. but also the daie more or less.MySpace

so , ana pun ada menimbulkan persoalan alang2 dah agak lama menjadi kemusykilan selama nh..

persoalan (ana) : apa pendapat doktor tentang pemindahan organ bukan islam ke tubuh org
islam?

jawaban (doc.) : saya pun kurang arif pasal benda ni , tapi mngikut pengetahuan saya menerusi
majlis fatwa kebangsaan .HARUS . dan dibolehkan dengan sebab pesakit
begitu memerlukan di saat tiada yg lain ( drpd saudara seislam ) . tapi
sekiranya tidak dipersetujui oleh ahli keluarga , pemindahan tersebut tidak
dibolehkan (minta opinion pembaca andai ada yg lbih sahih )

x lama selepas itu , kami dibawa ke bilik bedah siasat , bilik mayat ( masyaALLAH baunya !)
dan equipment di bilik tersebut sambil diberikan penjelasan lanjut.

selepas setengah jam berlalu , waktu kami berakhir di jabatan forensik . Kami dibenarkan berehat dan bersolat utk kami yg muslim. Tatkala zuhur menjelang , perasaan ana mgkin sedikit terkilan kerana ada di kalangan group ana sendiri tidak turut bersama menunaikan solat. Ya ALLAH sedih teramat , kami tidak lupa utk mengajak bersama but he refuse with unacceptable reason ' u pergi la dlu' , MySpace

mujurlah ahli group ana yg lain masih teguh imannya ( mgkin sbb sudah lali di asrama dulu)

day 2 - 1400

suasana di hospital

kami meneruskan perjalanan kami ke jabatan kecemasan (ED ) . sekali lagi kami ditempatkan di bilik seminar. Tapi sesuatu yg mengejutkan berlaku dan x disangka-sangka, apabila doc. a.k.a head department kat situ memberitahu , ' tahniah , kamu akan menerima on call sperti doc2 di sini , dia makan , kamu makan , dia solat , kamu solat . ikut je HO kamu (house officer)
ke mana sahaja ' 'bermula dr pkul 8 mlm - 5 pg keesokan harinya ' sambungnya. 'HaH' reaksi kami sambil terkesima . ' biar betul , x pe2 look to bright side , subhanaALLAH' , getir hatiku.
haha 1 cabaran buat kami di sini ...

sekilas pandang di sekitar hospital

bersambung ..part 3.2..

Monday, March 22, 2010

menyingkap suatu fikrah ... part 1

0 comments
Assalamualaikum , salam ukhwah pemanis bicara... hari ni suatu odisi bermula buat ana ...
destinasi - hospitaL Sg. Buloh... program pendedahan kerjaya utk pemohon biasiswa tajaan JPA yg berminat jdi doktor..wu~

tag nama

mgkin sedikt pengalaman utk dikongsi , ttp harap bermakna utk kita semua... tibanya ana di hospital itu.. dinnti oleh sahabat sekelas ana dlu ..aufa dan najwa... ' nnti dh smpai masuk ke pejabat pengurusan ' beritahu aufa dalam teks msgnya..Setibanya di bilik mesyuarat.. ramai Dr- to-be dh turut mengisi setiap sudut bilik itu... ana lihat multi racial kt dalam bilik tu.. dh mcm 1 MALAYSIA...huhu...

tapi dr perspektif ana sendiri , ana menafsir benda ini dr sudut berbeza... ana lihat pelajar islam melayu sgak dgn pakaiannya... berdasi dan berkemeja ...smart... dan kbykan mereka lahir dr SBP atau SMKA... KISAS la..SASER la... SEPINTAR la...haha ..nak juga sebut... terserlah kemelayuannya dan masih bersederhana..

dr sudut yg lain , ana lihat chinese or indian ... they dress up like a casual ...simple... and like they 're going 4 shopping , watch movee and hav fun...huhu... laughing loud ... doing their own thing... look like come from rich family... but they look prepared coz mostly they 're taking A-level right now...woW!

itulah bezanya kita secara kasarnya... dari sini ana lihat competition antara kita semakin terserlah... they show theirs.. we show ours...haha..but still friendship is important...

setelah itu, brlaku ice-breaking sction... ana ditmpatkan bersama 9 lg rakan yg baru kenal...
group leader ana minah cina ...ung sung hoi... nice and fluent english abis la..haha

first tour group ke wad obstretrik dan ginekologi department...a.k.a ...O & G... wad berkaitan perbidanan dan sakit puan.. aduh first2 dh msuk wad nh... observe expecting mother , cute babies ... yg dipimpin oleh seorg doktor baru... ' tp today is not ur lucky day , should be this ward havoc with emergency ...' beritahu doc. tu.... mmg snyi sepi tyme ktorg dtg td...

then , we heard talk from the head department , Dr. Aza.. she looks passionate with his job u...
she gives us the true story about being a doc. ' if u want to be doc . bcoz of money , just forget it..'' sacrifice your self 4 other people...your family ..your life... everything... will u?' ' no time to have freedom , lepak after work at mamak stall , u work 8 am until 5pm.. 6 pm is common 4 the doc... 5 pm too early to go back... ' ' your hp should be beside u during sleep... beware 4 on call bcoz the patient really need ur treatment ' .... WAH! mmg bergetar hati dan perasaan dgr ...

' mne ade patient nk beranak dr pkul 8-5 ptg... nk beranak sure lpas midnight smpai la pg.... sommg kerja lebih mse '...tambah die... ' should u consider back ur choice to be doc...' ....but...
alhamdulillah , hatiku ini benar2 tekad utk mmbantu hamba2 mu ya ALLAH... so i' m fully determined... nothing can change my decision...

aku dipilih oleh-MU utk berada di sini utk meneruskan kerja mulia ini.. permudahkanlah urusan sehingga aku menjadi doc. seperti mereka...

lepas tu , berpindah lak ke wad pediatrik... wad kanak-kanak...kami dibawa oleh dr. Brown melihat kerja2 doc. mengdianogsis pesakit kanak... tgk wajah mereka yg comel yg mrungut kesakitan , sayu hati ana dibuatnya... Ya ALLAH... muda2 lagi ..Kau dh berikan ujian kpada mereka... hanya kepada Engkau aku memohon perlindungan...

didiagnosis 1 persatu... setiap nya ada shaja cerita ... sawan , dikhuatiri denggi , diserang virus...yg paling sedih ...heart failure- mmerlukan rawatan segera dgn pembiayaan 35 k... keluarganya x mmpu... cm nk menangis wktu tu... klau la ana ad duit , psti kuhulur kan utk nya...tp apatah daya ini... hnya doa shja mengiringinya...

lpas sejam melawat ... doc . itu mmberi ketrgn dgn lebih mendalam lg... pediatrik ini hnya utk wad below 12 tahun ke bawah... kami ni hanya memeriksa dan mendiagnosis... melibatkan pisau atau operation , kami serahkan ke pediatric surgery di UM atau UitM...

tapi apa yg membuatkan ana terkilan apabila dia berkata,' we did't have strength to treat people , but ALMIGHTY give us strength to do so ' ish3... he is just the indian i think... but he believe that there is the ONE who is the most powerful and merciful to help his servants... alangkah baiknya klau diri kau muslim...huhu

itu lah serba sedikit utk hari pertama...ranjau baru bermula esok- bersmbung...

Tuesday, March 9, 2010

umatmu ini amat merinduiMU- ya RAsullullah

0 comments

“Kepalaku!” kata Aisyah.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.

Baginda menyedarinya.

“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.

Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.

Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.

Merajuk.

Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.

Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.

SAKIT YANG BERTAMBAH

Malam itu berlalu dengan sakit yang tidak beransur kurang.

Kesakitan itu memuncak semasa Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam memenuhi giliran Baginda di rumah isterinya, Maimunah radhiyallaahu ‘anha. Bukan sakit yang sembarangan. Ia sakit yang menjadi kemabukan sebuah kematian. Sakaraat al-Maut!

“Esok aku di mana? Esok aku di mana?” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.

Dalam sakit yang bersangatan, Baginda masih ’sedar’ akan tanggungjawab dirinya berlaku adil kepada para isteri.

Itulah ukuran adil seorang mukmin terhadap isteri-isterinya. Mengusahakan segala tenaga yang berbaki untuk tidak memalit zalim dalam melunaskan amanah sebagai seorang suami. Tidak mengambil mudah hanya dengan alasan yang remeh temeh untuk melebihkan seorang isteri berbanding yang lain.

Itulah juga ukiran makna bagi sebuah Mawaddah. Cinta yang bertambah hasil kesungguhan mengatasi ujian dan musibah.

Namun di situlah terselitnya Rahmah. Sifat belas ihsan yang terbit daripada hati yang mengasihi.

“Izinkan aku berhenti bergilir dengan menetap di rumah Aisyah” Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam meminta izin daripada para isterinya.

Siapakah yang pernah membantah permintaan seorang Rasul. Namun Baginda tetap meminta izin kerana keizinan itu hakikatnya kekal bagian seorang isteri. Tiada isteri yang dipinggirkan. Hak masing-masing dihormati. Andaikata seorang Rasul boleh meminta izin menahan giliran daripada isteri Baginda, bagaimana mungkin seorang suami menjadi angkuh mempertahankan haknya di hadapan isteri atau isteri-isterinya?

HARI-HARI TERAKHIR

Masruq meriwayatkan daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha:

Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Fatimah radhiyallahu ‘anha datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah.

Anakanda itu menangis.

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya.

Fatimah ketawa.

Apabila Fatimah bangun dari sisi ayahandanya, Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya, “apakah yang diperkatakan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam hingga menyebabkan engkau menangis dan engkau ketawa?”

Fatimah menjawab, “Aku tidak akan mendedahkan rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam!”

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, Aisyah radhiyallahu ‘anha mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dahulu?”

Kata Fatimah, “ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya!

“Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik kepadaku dengan berkata: sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru… bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!

Aku menangis…

Kemudian Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbisik lagi kepadaku dengan berkata: apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!

Aku ketawa”

Sesungguhnya…

Fatimah radhiyallahu ‘anha benar-benar kembali kepada Allah, menuruti pemergian ayahandanya enam bulan selepas kewafatan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Benarlah beliau ahli keluarga pertama Baginda yang pergi. Dan benarlah kalam utusan Allah… sallallaahu ‘alayhi wa sallam!

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan.

Senyuman yang dilemparkan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Abu Bakr dan sahabat semasa mereka mengerjakan Solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

Badan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin panas. Sesekali ada dengusan yang keras dari nafas kekasih Allah itu mendepani mabuknya kesakitan sebuah kematian.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda masih tidak berhenti sallallaahu ‘alayhi wa sallam menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha meneruskan catatannya:

Aku melihat sendiri Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mendepani kematian Baginda.

Kami ketika itu berbicara sesama kami bahawa sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak akan meninggal dunia sehinggalah Baginda membuat pilihan antara Dunia dan Akhirat. Tatkala Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menyempurnakan pilihannya itu.

Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakr dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh… air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengangkat jari kirinya ke Langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi!”

Tangan itu layu. Jatuh ke dalam bejana.

Leher Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam terkulai di dada Aisyah.

Pencinta Ilahi yang rebah di pelukan isteri tercinta. Melambai pergi ummah yang dirindui. Pencinta yang agung itu telah mati. Tetapi cintanya harum hingga ke detik ini.

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [Al-Ahzaab 33: 56]

Kami rindukanmu.

dipetik drpd: www.saifulislam.com

Monday, March 8, 2010

1 hari lagi ..kepastian semakin menonjolkan diri

0 comments

salam ukhuwah.. andai makalah ini hanya ditulis utk menitipkan rasa simpati dan skeptikal kepada pembaca, ini hanyalah andaian semata-mata... yg benarnya waktu merangkak dan berputar , setiap jam , minit , saat ,dan detik... tanpa memperingatkan manusia itu utk trus
ingat akan kehadirannya yg pantas datang dan pergi... melainkan manusia itu sendiri yg 'alert'
acap kali dia bergerak...

" demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. melainkan yang beriman dan beramal soleh. dan yang berpesan- pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran "

satu surah pendek ini sudah cukup utk menjelaskan kepada kita tentang kedudukan dan posisi
kita di mana sekrg... 'YA ALLAH , betapa ruginya ana ' ungkapan ini mgkin sudah terlambat utk dinyatakan pada saat-saat akhir ..tapi sekurang-kurangnya kesedaran sudah wujud dan ini lebih baik kalau dibandingkan dgn ugkpan' ala lepak la..esok ada lg mse '

bermula dari akhir disember 2009 hinggalah ke hari ini ( 9 mac 2010 )... 1 jgka masa yg agak lama yg ditnggalkan utk kita.. luangnya masa itu telah diserahkan seratus peratus kpd diri kita utk dipergunakan ...slps kita sdh tidak beskolah lgi...

ingat lg ungkapan ustazah norrahila pd suatu ketika, ' jgn lpa solat malam dan konsisten smpai ambik result ye'... suami bonda sepintar pun ade pesan dalam ceramahnya dulu ' nnti lepas SPM , klau boleh 3 bulan tu khatamkan quran sampai habis... insyallah ketenangan akan terus menetap di hati...' x dilupakan... saudara muadz, amir batch ana dalam madahnya' jgan lupa tarbiah yg diajarkan di skola dlu utk trus dipraktikkan utk diri kita semua di luar nnti '

bgitulah sedikit madah yg masih trngiang-ngiang dalam benak fikiran ana kini... tapi dunia luar adalah fana semata-mata... mgkin ada sbhgian drpd kita ,termasuk ana sudah mgkin hanyut
dalam dakyah globalisasi yg diprovokasi oleh barat dan meninggalkan obligasi kita sebgai muslim...

' dan tidak diciptakan manusia dan jin itu melainkan utk beribadah dan sembah kepadaku"

tapi alhamdullilah sekiranya ada antaranya yg masih teguh imannya dan yg mengmbil pengajaran atas apa yg berlaku... ana juga masih lagi menympurnakan amanat yg dismpaikan oleh guru2 dalam pesannya tadi...

bkan utk menuding jari kepada sapa2.. cuma ingin kita semua berfikir dan muasabah diri termasuklah diri ana sendiri di mana kita dalam tempoh masa 3 bulan lebih ini

khamis ini adalah penentuan segala derita penantian.. harapan -cita-cita -kegembiraan -sedih - -bersyukur - penyesalan - suka duka- ... adalah antara emosi yg menyelubungi atmosfera ketika itu... adalah masih belum terlambat utk ana berpesan agar kita truskan berdoa dgn hati yg tulus dan tangisan... memohon agar hari itu hari yg melahirkan senyuman dan air mata kegmbiraan utk guru , ibu bpa dan diri kita sendiri... mgkin dgn doa itu can change everything with ALLAH will... insyallah... ( dgrlah dgn teliti dlam blog ana)

' raise your hand and make doa.. like the prophet told us " -maher zain (barakallahuma)

kenang selalu guru dan all phalanxers dalam doaku ...