'tatkala 21 ramadan (hari Al-Quds), berita sibuk menceritakan kehangatan bazar raya di jalan TAR, sedetail-detailnya, walhal perihal di Palestin tidak pula menjadi keutamaan buletin'
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku sering berdoa aku menjadi orang yg terpilih utk menerangi hati2 yg kegersangan.. tp brgkali hatiku sendiri masih banyak diselaputi dosa.. brgkali hati ini belum benar2 ikhlas utk berjuang.. brgkali hati ini lebih banyak mengeluh dr berjuang.. brgkali hati ini masih terikat dgn kehambaan kpd dunia dan seisinya dr mencari syurgaNya.. duhai pemilik hati, tunduklah dikau, kesibukan dunia jgn kau jdkan hijab utk berdamping dgn Tuhanmu.. apekah masih ada di dunia ini yg lebih berharga dr kenikmatan yg dijanjikan oleh Tuhanmu buat mujahidin yg terpilih?
sudah pasti tidakkk.. sudah pasti tidakkkk.. sudah pasti tidakkk..
wahai shbt2 yg kukasihi kerana Allah, ampunkan shbtmu ini andai kesibukanku membatasi aku dr menunaikan hakku terhadapmu.. sungguh, akulah hambaNya yg melampaui batas dan melakukan zalim terhdp diriku sendiri... doakan aku tetap teguh berdiri, menjulang tinggi keyakinan terhdp janji Illahi, redhaNya dicari, syurgaNya dikejari..
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang berjihad dengan bersungguh di antara kamu, dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)? (Ali-Imran:142)
wahai ibuku, bapaku yg amat kucintai.. ampunkan anakmu andai terlalu banyak tanggungjwbku terhdpmu masih belum ditunaikan.. ampunkan diriku andai kedewasaan ku menyekatku dari bermanja dgnmu.. aku sedari, bonda dan ayahnda amat merindui anakmu yg manja dahulu.. tp ketahuilah kalian, perjuanganku juga adalah demi menghantar kalian menjadi penghuni syurga.. bukankah kalian pernah mendengar kalam Illahi :
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu); dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. (QS. 64:15)
Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. (QS. 64:17)
pinjamkanlah diriku sebentar utk terus berada dijalan ini.. dan doakan aku menjadi penyeri syurga firdausi bersama kalian nnt.. doakan aku diberi kesempatan hingga nafasku yg terakhir utk berbakti kpdmu..
Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhan-Mu, maka kamu akan menemui-Nya.” ( Al-Insyiqaaq :6)
Ya Allah Ya Tuhanku..
sungguh, aku tak layak masuk syugaMu,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
ampunkan dosaku terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar..
dosa2ku bagaikan pepasir di pantai..
dengan rahmatMu,
ampunkan daku oh Tuhanku....
Akulah hamba,,,
yg mengharap belas kasihMu..
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah :286)
0 comments:
Post a Comment