Saturday, February 12, 2011

pertama kali bertentang mata dengan kak fatimah syarha part 2

2 comments
salam mujahadah..
terus menelusi sambungan ke-2

Nasihat kepada muslimah untuk menjauhkan diri daripada cinta buaya penyayang?

Muslimah memerlukan kekuatan untuk menjauhkan diri daripada cinta jenis ini. Antara kekuatan-kekuatan tersebut ialah:

1. Kekuatan al-Fahmi – kekuatan untuk memahami asal perhubungan antara lelaki dengan perempuan. Asal hubungan lelaki dengan perempuan adalah haram, tetapi disebabkan adanya urusan atau muamalat, hubungan lelaki dan perempuan itu menjadi harus. Darurat itu diukur pada kadarnya. Jangan kita sekali-kali menilai sesuatu perhubungan itu dengan istilah hubungan tersebut seperti ‘islamic love’ dan sebagainya.

2. Kekuatan ikhlas – Ikhlas kerana Allah. Kekuatan ikhlas sangat-sangat penting, takut-takut kita dijauhkan oleh Allah akan hidayah-Nya.

3. Kekuatan untuk menutup pintu fitnah – Berkomunikasi antara lelaki dengan perempuan adalah harus, tetapi perlu diawasi supaya tidak terjatuh kepada fitnah. Fitnah merupakan jalan pertama yang mendorong kepada zina.

4. Kekuatan prinsip – Ummu Hanik menolak pinangan Rasulullah sebanyak 3 kali kerana prinsip beliau yang tidak mahu dipoligamikan. Ummu Hanik menolak untuk dipoligamikan kerana beliau tidak mahu perasaan cemburu terhadap isteri-isterinya yang lain menjadi punca agama beliau rosak dan akhirnya membawanya ke neraka. Walaupun pinangan Nabi Muhammad ditolak, Baginda tidak menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memaksa Ummu Hanik untuk berkahwin dengannya. Ingat, dalam perkahwinan tidak ada pemaksaan. Peringatan juga bagi lelaki yang mahu berpoligami, poligami bukanlah untuk memuaskan nafsu, tetapi untuk memikul tanggungjawab. Buktinya, Nabi berpoligami selama 10 tahun sahaja tetapi bermonogami selama 25 tahun. Selama tempoh monogaminya, kehidupan Muhammad dengan Khadijah sangat tenang dan bahagia tetapi sedikit bergolak ketika baginda berpoligami.

Kenapa lelaki lebih mudah terjerat dengan mabuk cinta?

‘Coupling’ sudah menjadi satu budaya. Lelaki atau perempuan yang tidak ber-couple akan dianggap kolot oleh rakan-rakan. Namun ingat, cinta yang sejati perlu dilafazkan di hadapan kedua-dua ibu dan bapa pihak perempuan. Kalimah aku terima nikahnya di hadapan wali si perempuan ialah lafaz cinta yang sebenar (a true and real love confession). Kahwin bukan untuk melunaskan naluri semulajadi semata-mata. Kerana kita adalah manusia dan bukannya binatang. Keseronokan bersama isteri atau suami hanyalah sementara, tetapi tanggungjawab dan amanah dipikul sepanjang hayat.

Bagaimana benarkah pepatah arab, perhiasan bagi lelaki ialah adab manakala perhiasan bagi perempuan ialah sifat malu dalam kehidupan?

Adab-adab yang ditunjukkan oleh Rasulullah perlu diikut dan dijadikan teladan. Si lelaki mesti memuliakan wali si perempuan sebelum mendapatkan cintanya. Bagi muslimah, jadilah wanita solehah yang permintaannya tinggi (high-demanded) di akhirat dan juga di dunia.

Kedua, jangan jadi gedik. Jadilah wanita yang jual mahal kerana lelaki sudah fitrahnya sememangnya suka akan cabaran. Barang yang mudah didapati akhirnya juga akan mudah dipersia-siakan. Seterusnya, kalau di hati sudah ada perasaan minat terhadap mana-mana lelaki, lafaz cinta tersebut boleh dibuat tetapi mestilah melalui perantaraan. Akhir sekali,kalau sudahpun ada couple, ayuhlah kembali kepada Allah. Kurangkan contact dengan lelaki tersebut, seterusnya berhenti buat sementara. Kuarantinkan hubungan cinta tersebut dahulu. Sebaliknya, pihak lelaki mestilah memuliakan si wali perempuan tersebut.

Bagaimanakah caranya jika seseorang muslimah solehah itu ingan membimbing seseorang lelaki yang bercita-cita untuk menjadi lelaki yang soleh?

Hukumnya harus. Tetapi mesti berwaspada, takut-takut niat sebenar lelaki tersebut bukanlah untuk menjadi lelaki yang baik, tetapi untuk mendekati hati dan cinta perempuan tersebut.

Bagaimanakah untuk berkahwin awal, sedangkan terdapat halangan daripada kedua-dua ibu bapa?

Apabila kedua-dua ibu bapa sudah yakin bahawa kita sudah benar-benar sedia untuk mendirikan rumahtangga, maka kuasa untuk menentukan kita berkahwin sebenarnya sudah terletak pada tangan kita. Kita perlu meyakinkan ibu bapa bahawa kita sudah matured dan bersedia untuk berkahwin. Sekiranya kedua-dua ibu bapa tidak juga berasa yakin dengan kita, maka gunakanlah alternatif lain, seperti menggunakan orang tengah sepert saudara-saudara terdekat, pensyarah, rakan-rakan atau orang-orang yang lebih berpengalaman untuk meyakinkan kedua-dua ibu bapa.

Sebagai kesimpulan, asas-asas di dalam diri perlu diperbaiki terlebih dahulu. Aset iman, akhlak dan adab perlu dijaga dengan baik. Manusia memerlukan cinta kerana yakin bahawa dengan adanya cinta, cinta akan membawa kebahagiaan dan keindahan. Namun ingat cinta dengan maksiat tidak membawa keindahan tetapi membawa kemurkaan Allah swt. Apa yang Allah haramkan semasa kita hidup ini adalah sangat-sangat singkat dan sekejap, berbanding dengan perkara-perkara yang Allah halalkan di syurga, yang tiada batas masanya. Cinta yang kita ada pada hari ini, biarkanlah ia kekal hingga ke syurga.

“Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan pasanganmu akan digembirakan”
-Surah az-Zukhruf:ayat 70

perkongsian drpd blog sahabat hebat
alhamdulillah, berkat ilmu dapat disampaikan, moga jadi pedoman utk diri dan semua dalam mencari kebahagian hidup yang diinginkan pd masa kelak bersama orang yg disyngi,( gaya mcm dh ada )
allahua'lam.

valentine's VERSUS Rasullullah's Birthday: 15 th feB will win for sure from those hearts are firm to Islam.

pertama kali bertentang mata dengan kak fatimah syarha..

3 comments

tajuk dah catchy... wah!mcm detik baru berkenalan.. orang kata, dari mata turun ke hati, x kenal, maka x cinta, dah kenal, pasti berbunga hati ini...

salam mujahadah, haha mukadimmah entri yang melankolik, harap tidak keterlaluan untuk dibaca dan difahami. Sebenarnya, objektifnya di sini untuk berkongsi ilmu dan pandangan ketika menghadiri satu forum bertajuk " Apabila Baju Melayu Bertemu Dengan Baju Kurung"

menyelitkan rasa kekaguman kepada seorang insan yang berilmu tinggi hanya sampingan, sbab dari dlu lagi tergerak hati untuk bertemu sendiri dengan empunya nama fatimah syarha. Idealis, Puitis malah bijaksana .. mgkin generalisasi ini tidak cukup untuk menyifatkan insan sukses ini, kerana isteri kpd seorang doktor bernama Farhan Hadi ini, memiliki suami yang cukup berkepimpinan di sampingnya. Masakan tidak, kedua-duanya boleh dikatakan lubuk fikrah kreatif dan islamik dek kerana tulisan mereka mgilhamkan keluarnya buku-buku yang menggamit minat pembaca antaranya aku. haha

keluarga bahagia yang amat sesuai dijadikan contoh.. akan kuturut jejak langkah mereka

Digandingkn bersama seorang ustaz yang tidak kurang hebatya dengan kak fatimah syarha, siapa lagi kalau tidak kenal, Ustaz Sarip Adul, penulis buku "Membina syurga cinta'..langsung mereka bergerak untuk mengupas tajuk itu dengan menarik dan mapan.

Definisi cinta:

Fitrah tanpa peraturan boleh menjadi fitnah, tetapi dengan peraturan boleh menjadi anugerah. Cinta ialah kecenderungan terhadap sesuatu. Terdapat lebih 60 istilah yang dikaitkan dengan pengertian cinta tetapi kebanyakkannya salah difahami dan diertikan. Terdapat beberapa pengertian yang ingin dikongsi:

1. al-Hawa – dizahirkan melalui kecenderungan seks. Perasaan cinta diluahkan melalui penghantaran gambar-gambar lucah kepada pasangan, perbualan-perbualan yang berbaur seks dan sebagainya.

2. as-Sobwah – rindu yang cenderung kepada kebodohan. Perasaan cinta yang menyebabkan pelakunya akan membuat sesuatu yang aneh pada pandangan khalayak. Misalnya, tersenyum seorang diri, peluk bantal golek etc.

3. at-Taqayyum – cinta ke tahap sanggup menghambakan diri. Perasaan cinta yang membuatkan pelakunya sanggup untuk menghambakan diri kepada pasangannya, walaupun segala permintaan oleh pasangannya itu tidak masuk akal.

4. al-Isyq – cinta yang terlalu asyik. Cinta seperti ini menyebabkan pengamalnya tidak boleh lekang antara satu sama lain, walaupun untuk seketika waktu. Mesti perlu untuk sentiasa berhubungan, melalui SMS, call dan sebagainya. Jika tidak, pasti akan merajuk.

5. al-Junun – cinta hingga menyebabkan seseorang itu menjadi gila dan hilang pertimbangan akal. Cinta seperti ini akan menyebabkan seseorang itu sanggup untuk menerima lelaki atau perempuan yang dicintainya walaupun sudah mengetahui bahawa pasangannya itu memiliki akhlak yang tidak baik, HIV ataupun sudah hilang kehormatan diri.

Cinta bukan sahaja diuji kepada orang-orang biasa, tetapi juga diuji kepada Rasul, Nabi, sahabat dan orang-orang yang soleh. Disebutkan dalam sebuah kisah antara Fatimah binti Muhammad dengan Ali bin Abi Talib pada malam pertama perkahwinan mereka. Fatimah telah memberitahu Ali bahawa dia pernah mencintai seorang lelaki sebelum perkahwinan mereka. Ali berasa terkejut dan bertanyakan kepada Fatimah siapakah lelaki itu, dengan perasaan cemburu membuak-buak dalam diri Saidina Ali. Alangkah leganya hati Ali apabila lelaki yang dimaksudkan Fatimah ialah Saidina Ali bin Abi Talib sendiri. Cinta akan memulakan komitmen yang seterusnya akan menyebabkan seseorang itu bersedia untuk berkhidmat walaupun tidak diminta. Sudah menjadi fitrah bahawa Allah telah menciptakan manusia untuk cinta akan syahwat, cinta terhadap sesuatu yang akan menaikkan keinginan. Misalnya, cinta terhadap kaum wanita.

Adakah cinta sebelum kahwin dalam Islam?

Perasaan suka dan cinta terhadap seseorang ialah suatu perkara yang biasa. Hukum perhubungan antara seseorang lelaki atau perempuan dengan seseorang lain yang berlainan jantina jatuh berdasarkan matlamat hubungan tersebut. Matlamat cinta ialah perkahwinan. Perlakuan pada hari ini akan menentukan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Luahan cinta perlu dilafazkan dengan cara yang sepatutnya supaya situasi seperti ini akan menjadi kebiasaan. Jika tidak, seluruh keturunan akan melakukan sama seperti apa yang kita lakukan pada hari ini. Sudah pasti kita tidak mahu anak-anak kita menjadi mangsa cinta pada masa hadapan. Sesungguhnya, seorang bapa diamanahkan oleh Allah untuk menjaga anak-anaknya daripada neraka akhirat dan neraka dunia.

bersambung...