Thursday, March 24, 2011

pemangkin semangat post ini... insyaallah!

5 comments
salam mujahadah, kahwin ketika belajar~

Pertamanya, aku bukanlah pro atau anti kahwin semasa belajar. Aku tidak berada di mana-mana pihak pun. Bagi aku, tidak penting kahwin semasa belajar atau selepas bekerja, apa yang penting, adalah kahwin ketika sudah BERSEDIA. Persediaan itu pula merangkumi rohani dan fizikal. Dari segi rohani, adakah kita sudah yakin dapat memimpin keluarga ke arah yang diredhai Allah? Dari sudut fizikal pula, adakah kita mampu untuk menyara hidup berkeluarga?

Ramai yang menceritakan kepadaku, waktu belajar adalah waktu ideal. Waktu belajar, kita banyak masa terluang, berbanding waktu bekerja. Banyak sungguh peringatan aku terima mengenai kesibukan di Malaysia, samada dari sudut kerjayanya, dakwah dan sebagainya.

Teringat pesanan ustaz Khosim (ustaz SBPI Rawang):

Bila nak kahwin, mulalah kita banyak sangat fikir masalah duit la, masalah masa la, itu semua hasutan syaitan taknak kita buat ibadah!!!

Tersentak....

Memang, kita perlu berfikir tentang masalah-masalah tersebut. Tapi jangan terlalu banyak fikir masalah, sehingga kita tidak berusaha pun nak mengatasinya. Perasaan-perasaan berat, susah, sukar itu, hanyalah permainan syaitan. Janji Allah:

'Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.' (An-Nur: 32)

Namun, dalam masa yang sama, jangan pula kita lupa persediaan sunnatullah kita. Kumpullah duit secukupnya (bukan sebanyak-banyaknya), timbalah ilmu secukupnya (bukan sampai jadi perfect) serta persiapan-persiapan lainnya.

Perkahwinan ketika belajar ada kekurangan dan kelebihannya, bergantung kepada siapa anda dan bagaimana anda melihatnya. Ya, selepas berkahwin, pergerakan kita sedikit terbatas, setiap kali nak melancong atau bersiar-siar, kena fikir untuk dua orang. Setiap kali hendak melakukan sesuatu, kena fikir untuk kita dan pasangan. Mungkin agak leceh bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi yang lain. Tetapi, aku pula, jenis yang tidak suka keluar berseorangan, jadi, bagi aku, setelah berkahwin, terbukti aku lebih banyak jalan daripada ketika bujang! Mungkin sebab Allah kurniakan aku pasangan yang menjadi teman perjalanan yang best.

Antara cabaran berkahwin ketika belajar juga adalah pengurusan masa. Masa kita sehari-hari perlulah menitikberatkan juga pasangan kita. Di sini, teknik pengurusan masa efektif amat teruji. Masa untuk belajar, bekerja, berusrah, berehat dan sebagainya perlulah ditentukan dengan baik dan disiplin diri perlu bagi memastikan kita tidak tersungkur. Lebih-lebih lagi, orang macam aku ni, kalau nak belajar, kena berseorangan dan senyap. Namun, alhamdulillah, aku dikurniakan pasangan yang amat memahami. Ketika aku ingin mengulangkaji, beliau akan berusaha sedaya upaya tidak menggangguku. Malah, pengurusan masaku lebih efektif dan tersusun. Beliaulah yang membantuku menyusun tugas-tugasku, beliaulah juga yang mengingatkanku deadline yang perlu dipatuhi. Beliau menjadi Personal Assistance yang amat efektif!

Bagaimana pula dengan duit?

Berkenaan kewangan, aku hanya boleh kongsikan pengalaman kami, mungkin berlainan dengan orang lain. Yang penting, kita merancang berdasarkan kapasiti kita sendiri.

Kami tidak menghadapi banyak masalah berkenaan kewangan. Kami masing-masing mempunyai penaja sendiri. Jadi, apabila pendapatan kami digabungkan, tiada beza sangat pun dari sudut perbelanjaan. Malah, apabila kami berkongsi pendapatan kami, terasa lebih pula wang kami. Dari sudut motivasinya, ini dinamakan sinergi. Dari sudut Islamnya, mungkin ini yang dikatakan keberkatan.

Keberkatan itu bukan bermakna memiliki wang sebanyak-banyaknya, tetapi keberkatan itu adalah merasa cukup dengan wang yang sedikit.

'Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu'
(al-Mulk: 1)

Perkahwinan ketika belajar mungkin akan membuahkan kemanisan. Ketika belajar, berada dalam dunia ideal. Banyaknya masa, elaun yang cukup banyak, membolehkan kami untuk melancong ke sana ke mari, memahat kenangan di negara-negara yang kami lawati. Setiap pengembaraan ke program tarbiyah dan dakwah juga kami gunakan untuk lebih mengenali diri masing-masing. Setiap kali perjalanan ke tempat program, terasa manis perjalanan itu, terasa pendek destinasi yang dituju.

Namun yang lebih penting, apa yang kita dapat bantu ummah selepas perkahwinan. Elakkanlah menjadi kaku dan beku selepas perkahwinan. Benar, mungkin ada keterbatasan dalam beberapa sudut yang membuatkan kita sedikit perlahan di medan dakwah, tetapi, carilah sudut-sudut lain untuk kita membantu selaku seorang pasangan yang sudah berkahwin. Terlalu banyak lagi sudut yang boleh kita tampung. Selepas kami berkahwin, ramai rakan-rakan yang merujuk kami beberapa perkara dan masalah. Malah, ada juga rakan-rakan dari Malaysia dan Australia yang turut bertanyakan kami. Pintu dakwah dapat dibuka seluas-luasnya, dan kami nampak, terlalu banyak ruang yang boleh kami bantu masyarakat secara umumnya.

Kesimpulannya, anda sendiri yang lebih tahu, adakah diri anda sudah bersedia untuk melangkah ke dunia baru. Tidak boleh pukul rata isu perkahwinan ini kepada semua orang. Mungkin ada yang memang bersedia untuk berkahwin ketika belajar, tetapi ada juga yang masih belum bersedia. Tetapi tidak dinafikan, ada kekurangan dan ada kelebihannya berkahwin ketika belajar. Yang penting, apa persiapan kita menghadapi era perkahwinan?

Tapuk dada, tanya iman

perkongsian drpd akhi jepah~

Saturday, March 19, 2011

montaj ala2 trailer

4 comments
salam, rentetan kpd logo kini montaj pula...

Thursday, March 17, 2011

tatapan gambar utk sementara shaja- (akan dinyahupload kembali slps 12 jam)...

4 comments

salam mujahadah... sila komen dan pertimbangkan ye slps lihat... made from adobe illustrator!

logo utk alumni i-prokhas
- boleh dibaca?
-silap hurai ikut tafsiran ye

Monday, March 7, 2011

cercamerba: enigma

1 comments
salam mujahadah,

alhamdulillah , ada yg melihat bakat yang x seberapa ini, idea x de la kreatif mana, tp x sangka orang pandang lain pulak. Apa-apapun, itu semua dah ada dalam perencanaan-Nya.

aku yakin ada insan yang lebih hebat dalam arena ni, bagi perspektif aku, mereka mudah menyusun idea dan olahan, ditambah dengan gratisan, mencapah ke dimensi yang persis sempurna... ahh, ternyata kehebatan mereka.

tapi aku akur, itu pilihan mereka untuk menyembunyikan bakat mereka daripada diketengahkan melalui medium prima. Mungkin juga ada hikmah yang tersirat di sebalik yang terjadi, tempat yang ditinggalkan kosong itu kini diduduki dan dilabel. Meskipun orang yang mendudukinya tidak sehebat mana. Aku redha.

Kerja yang dilaksanakan sudak terikat dengan rentetan kejayaan demi kejayaan yang terpahat,i'm in pressure, but tension, yet. Dek kerana kaca mata orang tertentu menyalakan harapan yang menggunung utk generasi ini mengulanginya sekali lagi,

sesekali merasakan beban seberat aisberg menerpa dari atas...
dan aku terpaksa menahan baik berat mahupun kesejukan; delusi

kata mereka, kalau kail panjang sejengkal, lautan luas jangn diduga, kata aku, kalau ilmu tidak penuh di dada, jangan harap dapat sampei ke Terusan Suez.

ilmu yang disandarkan hanya perkongsian sedikit daripada teman sahbat ketika memgelola satu keraian. Percubaan Pertama, tidak lebih dari itu, dari pemerhatian aku cuba belajar sesuatu, lalu dipraktikkan.

Nekad hati diteruskan, imbasan sejarah cuba menguatkanku, tapi persoalannya, MAMPUKAH?

Seterusnya~