"
pengakhiran 2011 menyimpulkan segenap insiden yang banyak memberikan makna dalam diriku, insiden di mana bukan sahaja aku sebagai subjeknya, tapi orang yang paling aku sayangi "
..........................................................................................................................................................
insiden: Allah lebih menyayangi dia #
Baru-baru ini insiden itu berlaku. Menyedari kritikalnya kondisi yang dihadapi oleh abang syukiman ( abang sedara ipar), walid dan ummi tekad untuk ke Kota Bharu bersama-sama pak cik dan mak cik. Kalau nak diikutkan boleh sahaja aku ikut sekali dalam odisi itu tapi, biarlah, mungkin perbezaan jarak yang tidak mengizinkan dan kerusi yang terhad.
Kemudahan teknologi yang ada, pastinya akan memudahkan aku update dengan perkembangan semasa. SMS, call walid atau ummi itu sahaja caranya untuk tahu.
Bacterial infection. Hampir keseluruhan paru-parunya dijangkiti. peringkat terakhir kata doktor. Koma dan ada mesin yang membantunya untuk bernafas. Isterinya.juga yang merupakan seorang doktor boleh memahami dengan jelas dan mengagak. Tipis peluang untuknya. Doa, Redha tawakal sahaja mengiringi.
..............................................................................................................................................
:
:Tabah::
Kak Azira, itulah isteri kepada abg Man yang dimaksudkan, seorang doktor yang tidak lama lagi akan bergelar specialist. Antara sebab aku mahu menjadi doktor juga kerana ingin menjadi seperti Kak Azira. Namun di sebalik kehidupannya, banyak liku yang telah dia lalui. If I am in her shoe, i'm still not sure that i can really endure it.
Pertama, pengajian yang menuntut dirinya menjadi sibuk. Profesion seorang doktor memang begitu lebih- lebih lagi wanita dan itu ramai sedia tahu. Alhamdullillah, kakak saudaraku ini seorang yang kuat agamanya dan very bright.
Kedua, komitmen menjadi seorang isteri dan ibu. Mendirikan rumah tangga sekitar aku di darjah 4. Lelaki yang dikenali di laman sesawang menjadi pilihan. Abang Man, pendiam tapi berisi pendiriannya. Selepas itu dikurniakan anak-anak yang comel belaka dan dirinya kini bagai dibahagi-bahagikan agar tanggungjawab dan komitmen dapat diberikan sebaik mungkin. Lumrah alam. Hidup berumahtangga.
::Ujian bertali arus::
2 tahun yang lalu, suaminya itu collapse secara tiba2. Selepas didiagnosis, didapati Abg Man menghidap kanser darah. Tersentak keluarga dengan berita itu kerana tidak disangka-sangka. Lebih menyedihkan lagi buat Kak Azira yang sedang mengandungkan anak kedua mereka. Dia kena berdiri dengan sendirinya, menangani komitmen sebagai seorang pelajar, yang sedang dalam pengajian menjadi specialist.
Ditambah lagi, terpaksa menjaga anak kembar mereka seorangan tanpa suaminya yang sedang bertarung nyawa dan sudah tentu, berada di sisi suami yang perlu akan sokongan darinya.
Aku ingat lagi ketika itu, ziarah raya di rumah nenekku, aku nampak kak Azira mengalirkan air mata bila ummi datang untuk bersembang. Sebaknya seperti tidak tertahan lagi, dan dengan ummiku itu, menjadi tempat untuk meluahkan segalanya. Aku hanya mampu simpati dan cuba menenangkan dengan kata-kata yang boleh memotivasikan dirinya.
Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul.
Alhamdulillah, mujurlah dirawat ketika masih di peringkat awal. Dengan chemotherapy yang dijalani, sedikit demi sedikit kesihatannya bertambah baik. Walaupun risikonya, abang man kelihatan cengkung, agak murung, dan gugur rambutnya, dengan izin Allah, dia masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan meskipun bergantung dengan hanya secebis harapan dan kekuatan pada awalnya. Wajah Kak Azira kembali mengukir senyuman.
...................................................................................................................................
sudah tiba masanya,
tanggal 27 disember yang lalu, Abg Man kembali ke Rahmatullah. kali ini bukan kanser sebagai puncanya. Aku mendengar dari ummi, kak Azira tidak lagi seperti dulu. Jauh sekali untuk merintih tetapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
Kata ummi, kak Azira sudah bersedia untuk itu. Pada saat mesin bantuan dicabut dari badan abg Man, dan catatan pada electrocardiogram sudah tidak lagi memberikan tanda-tanda denyutan, maka di situ pengakhiran buat seorang lagi hamba Allah. Insiden itu berlaku tidak lama ummi dan walid sampai di Kota Bahru.
Dalam fikiranku, membayangkan bagaimana dan bagaimana kak Azira untuk meneruskan kehidupannya? dengan cabaran yang perlu dipikul dalam usia yang agak muda; membesarkan anak-anak, menuntut ilmu,
mengurus perbelanjaan, dan sebagainya. Yang pasti, kak Azira seorang yang tabah, cekal dan sabar orangnya. aku tahu, hatinya sentiasa kuat kerana dirinya begitu dekat sekali dengan Allah.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan buat hambamu ini, dan tempatkan abg Syukiman bersama orang-orang yang beriman.
amin ya rabbalalamin.