Tuesday, March 30, 2010

menyingkap suatu fikrah ... part 3.2

sambungan version 3.1-

Dr Sabariah namanya. umur ala-ala 50 -an dan sekarang menjawat sebagai konsultan dalam jabatan kecemasan. Dialah yang banyak memberikan nasihat dan penerangan kepada kami sewaktu sesi tersebut. Antara penerangan yang menjadi ingatan selalu ,

when u encounter the death of patient , u can't immune to it but u can deal with it ..

Memang sahih belaka apa yang dikatakan beliau. Memang menjadi kebiasaan dalam hidup seorang doktor bahawa kematian sering terjadi di depan mata kita. Jadi , kita tidak boleh membiarkan hati kita mati kerana fobia dengan apa yang berlaku , lagi2 berpunca daripada kita sendiri lalu berterusan dan itu la yg dimaksudkan dengan 'immune' td.

oleh sebab itu , ' Deal ' itu sudah cukup untuk mmberitahu bahawa motivasi diri amat penting ketika berhadapan dengan situasi sebegini. maka kembalilah kepada islam yang mengajarkan
bahawa sbagai doktor yakni hamba ALLAH , kita sudah mencuba dan yang terbaik. Andai ajal mautnya sudah sampai , itu adalah kerana ALLAH lebih menyayanginya kerana kematian itu adalah pasti.

' semua insan akan menghadapi kematian ' kalamullah.

selepas itu , kami diminta untuk berada dalam 4 kumpulan berbeza untuk diserapkan di 4 bahagian berbeza; 1- zon merah (kritikal) 2- zon kuning (separa kritikal) 3-zon hijau (x kritikal)
4- zon pemerhatian. untuk menghabiskan kira 14 jam di wad itu sehingga jam 5 pagi, rotation dilakukan agar smua dapat merasa di setiap zon.

wad zon merah

bagaikan satu kebetulan kami di situ malam tersebut , 1 situasi yang menakutkan kami semua berlaku . sekitar jam 10 malam , ambulans tiba dengan siren menandakan suatu kes emergency akan diselesaikan di sini . pesakit yang baru tiba itu dibawa dengan segera ke zon kuning .

ibarat nyawa-nyawa ikan. pesakit yg dipercayai terkena renjatan elektrik itu tidak sedarkan diri . ECG ( benda yg mmbaca nadi pesakit ) tampak kian lemah. salah seorang doktor di situ meminta kami melakukan CPR ( cardio pulmonary resuscitation) utk mengmbalikan denyutan jantungnya mengikut gerakan tangan.

hah! biar betul doktor ini. 3 orang sahabat ana buat setelah diberikan briefing time tu juga. Buat- buat di akhirnya... innalillahi wainna ilaihi raji'un.

meninggal dunia! Ya ALLAH salah kami ke tidak wat betul2 CPR tu? . meruntun hati ni tgk kematian tu. diibaratkan seperti tanggungjawab tu terbeban di bahu kami. MySpace Aku kemudian teringat sepintas lalu kata doc. td. Mungkin dari sudut lain , doc. itu sudah tahu hope utk patient tadi hidup sudah di luar jangkaan. CPR tadi cuma bantuan sampingan semata-mata.

Ya ALLAH kau uji kami smpai begitu sekali meskipun kami masih lagi menyimpan niat menjadi doktor. kepada Kau lah aku memohon pertolongan.

pkul 12...1 pagi...2 pagi.. mata semakin kuyu , penglihatan pun dh makin kabur .
mengantuknya~MySpace

tatkala jam 4 pagi pun ada yang sudi berbicara , minta maaf awal2 dh lalok sgt

3 pagi ... seterusnya menjangkau 4 pagi ... waktu ini lengang selengangnya kat segenap wad. kebanyakan pesakit dah pun tidur ,namun kelihatan doktor dan nurse yang segar2 dan bersedia utk apa keadaan. Waktu ni gak ada juga doktor yang masih berdiskusi dengan kawan yang lain tentang pengalaman. bagus betul mereka ni. Ana dah semakin lalok dibuatnya.

5 pagi tepat ditunjukkan jam. ALHaMDULILLAH , tamat juga akhirnya. ramai kawanku yang balik diambil oleh mak bapak mereka. sebaliknya , ana , hafizi dan busyori (adik naqiuddin f4)
x berhajat utk pulang dan hanya melelapkan mata yg hanya 1 jam lg utk subuh di surau berdekatan.nasib baik la dah biasa kat asrama dlu , makan , tidur , belajar , tengok kasihku seru pun kat masjid , masyaALLAH. pengalaman mematangkan diri.

day 3 - 0800

selepas subuh kira2 jam 6 30 pg dan tidur seketika , bersarapan dan siap segala ( x mandi! tapi perkemaskan diri la) . Kami bergegas ke jabatan Surgeri. Pada waktu lawatan kami itu , jabatan itu sedang mengadakan sesi klinik utk pesakit yg baru dtg. Tiada yang istimewa di situ . Cuma beberapa perkara yang menarik untuk diketengahkan.

biarlah minat yang mendahului segalanya, bukan dikuasai emosi dan nafsu ,juga paksaan yang
membantut keinginan.

FAMA = father mother...

prepare yourself with well spoken English nnti. ada kebaikannya..

kata2 dari seorang medical officer yang bertugas di situ. itulah yang mnguatkan aku drpd trus dihanyut dan trus menglamun..

pada petangnya, kami trus dibawa ke jabatan perubatan Am..Antara wad yang trsibuk kat hospital itu. sekali lagi , kami dibawa ke bilik seminar utk berdiskusi dengan head department itu. doctor jason namanya. sekilas pandang sudah tahu doc. ini memang hebat orangnya.
penuh falsafah orangnya. ada sekali tu dia berfalsafah dlam bahasa cina ' jangan jadi perahu di atas lautan , sekejap ke sini skejap ke sana'

dalam al-quran pun sudah menerangkan dengan jelas sekali ,' berpeganglah pada tali ALLAH'
menjadi indikator penting agar kita trus teguh di atas landasan nya. falsafah kadang kala ada sngkut paut dan akhirnya kembali kpd 2 kitab suci ini .. izzahnya islam ni. Kadang-kala juga , falsafah pun menyesatkan manusia cth;- matlamat (niat ) menghalalkan cara! .berwaspada.

tapi pesan nya smbil berfalsafah - ' kenapa kita yg x sberapa nh nak mencintai sseorg yg cantik dan semestinya direbut oleh ramai org di luar sane. kenapa tidak mencintai org yg lebih kurg kita tetapi mencintai kita seadanya'

dalam erti kata lain,' nnti bila kamu ingin menyambung specialist , pilih lah bidang yang tidak ramai mengambilnya, tidak kah kita rugi mengambil bidang yang begitu kompetitif persaingannya dan risikonya nnti x tercapai oleh kita.? jadi pilih la yg seeloknya'

betul juga madahnya tadi. biarlah masa yang menentukannya nnti.

kemudian , kami dibawa melawat ke sekitar wad. dipimpin oleh dr. farid fikri a.k.a abg rabbit!
x sangka kecil betul dunia ni. abang doktor rupanya , x ubah mcm adik dia. haha

hampir 2 jam di sana, jam pun sudah menunjukkan jam 4 petang , kami semua dibenarkan pulang. akhirnya! boleh la menjejakkan kaki ke rumah setelah 2 hari 1 malam di hospital. penat sungguh!MySpace

syukur. dah fham sebabnya kenapa x ada part 2. sebabnya hari pertama =part1 hari kedua + hari ketiga (ade on call) tu la trus =part 3 ...alhamdulillah .

nntikan part akhir.MySpace

1 comments:

.n.a.k. said...

salam..nak tny...ni jpa punya jejak kerjaya ke?? mantapnya..macam dah masul practical

1 comment: