Thursday, April 14, 2011

mencari perkaitan dan hikmah...

salam mujahadah,

alhamdulillah, masih dikurniakan kudrat dan semangat untuk menekan butang-butang kekunci ini , dan tertera satu demi satu huruf, lalu membentuk perkataan dan lantas ayat yang sedang anda mungkin baca kini. implisitnya cuba memberikan yang luar daripada biasa, bukan sekadar garapan dari seorang budak jurusan medik yang barangkali 'skem' gitu. Moh baca 1 kisah.

kisah 1001 hikmah, bukan 1001 hikayat...

raja dengan penasihatnya ( the King's speech)

Hatta, dijadikan satu alkisah, terdapat satu kingdom islam di nun semenanjung arab, yang ketika itu dipimpin oleh khalifah yang masyhur... yang mana pemerintahannya di samping seorang penasihat yang sabar orangnya kerana apabila ditimpa sesuatu ujian, penasihat itu berkata,' pasti ada hikmah di sebaliknya,"

dek kerana raja itu gemar berburu, mereka berdua keluar ke hutan belukar mencari haiwan yang ingin diburui.. si raja ini tidak gemar keluar berburu beramai-ramai lantas pada waktu itu, si raja dan penasihat membentuk tag-team untuk menangkap haiwan buruan itu.

sampai ke hutan dalam mereka jelajahi, sampai 1 ketika, '

' Alhamdulillah, itu beta dah nampak rusa di sebalik pokok itu, inilah masanya, ' kata si raja itu.

Dengan pantas, busur dan anak panah dicapai raja, tapi x disangka-sangka, ketika men'setting' kedudukan anak panah itu,tidak semena-mena jari kelingking sultan itu terpotong dan meninggalkan 4 lagi jari di tangannya.

Seraya raja meronta kesakitan dan meratapi kehilangan jarinya, dengan selamba penasihat raja itu berkata,

'tidak mengapa beta, pasti ada hikmah di sebaliknya'.

Reaksi raja itu berubah menjadi berang atas sebab sikap selamba penasihatnya itu, ( tunjuklah simpati sikit, ni tidak..what the heck)

Disebabkan sikap penasihatnya, tidak semena-mena dia dihumban ke dalam penjara kerana menjalani hukuman. Namun penasihat itu tetap sabar.

................................................................................................................

Dengan semangat yang kental untuk, meskipun sudah tiada teman untuk berburu, raja mengambil keputusan untuk pergi berburu berseorangan. Luka di tangan( jari) dan di hatinya (bengang dgn penasihat) mengiringi pemergian ke dalam hutan.

Kali ini, hutan yang menjadi kawasan untuk berburu rupa-rupanya, dihuni oleh satu komuniti masyarakat asli maging (a.k.a cannibal) yang amat laparkan daging lagi2 manusia. Walhal, perihal ini tidak diketahui oleh raja.
adakah mereka golongan maging( gambar hiasan)

Dengan itu, kehadiran raja 'dialu-alukan' oleh komuniti di hutan itu , sepertinya rezeki datang bergolek-golek ke arah mereka. haha. si raja kini menjadi hasil tangkapan mereka. Raja kini dalam ketakutan.

Namun begitu, sebelum raja dijadikan korban, komuniti itu akan menjalankan ritual untuk memastikan bakal makanannya itu betul-betul manusia ( orang2 kat situ ternyata macam haram kebodohannya)

Setelah diselidiki, didapati jari raja itu tidak seperti manusia biasa ,(sepatutnya ada sepuluh, tapi raja 9 jari)
dengan itu, telah jatuh hukum haram makan bagi mereka kerana tidak cukup syarat wajib daging yang boleh dimakan.( hha ada jugak kan) . 

orang-orang di situ terus 'down' kerana makanan yang mereka idamkan kini melepas.Serta- merta raja dibebaskan dan pulang ke istana.

................................................................................................................................

Si raja terus berlari ke penjara di mana si penasihatnya menerima hukuman untuk berjumpa dengannya.

' Maafkan beta, kerana memenjarakan penasihat di sini,  betul apa katamu tempoh hari... ada hikmah beta hilang 1 jari , jika tidak pasti beta dah innalillah sekarang. Syukur alhamdulillah', terang raja itu dengan leganya.

seraya penasihat itu menjawab,' tidak mengapa beta, patik dihumban di sini pun, ada hikmah di sebaliknya.'

Raja itu terkejut dengan reaksi penasihatnya itu, disangka gembira dibebaskan tetapi masih selamba sambil mengungkap tagline nya itu. Si raja bertanya perihal hikmahnya dia ada di situ.

penasihat itu menjawab, kalau saya tiada di sini, sudah pasti saya akan ikut beta berburu, betul? dan dengan itu kalau kita ditangkap, patik la yang akan menjadi mangsa korban mereka melainkan beta sudah terlepas.
alhmdulillah, saya masih hidup ketika ini'

ye tak ye jugak... riak raja kehairanan

........................................................................................................

konklusi:

cerita ini klau dari versi mulut ke mulut memang mencuit hati, hha mungkin agak panjang sikit dari segi penulisan. Ingatlah, sesungguhnya hidup kita ini ada hikmah di sebaliknya. Mengapa aku selalu gagal dalam peperiksaan?? kenapa aku x dapat straight A?? dan mengapa... mengapa... sering kita persoalkan..

Waima, jawablah persoalan ini dahulu dengan ada hikmah di sebaliknya, ya, kita ini manusia biasa, ada keinginan nak capai sesuatu, apabila kita tidak dapat apa yang kita inginkan, adakah betul reaksi kita dengan menyalahkan takdir yang mana kita menjadikan ALLAH sebagai target amarah kita ini.?

Nauzubillah, jangan... jaga-jaga mungkin iman kita sudah terpesong, segera kembali..

lantas carilah perkaitan- perkaitan yang membawa anda atau menyebabkan anda berada dalam takuk tersebut. Dengan kata lain, muhasabah la diri, lihatlah diri kita dari sudut yang lain dan segera perbaikinya.

Sahabat, kita kini dalam zon perjalanan yang memerlukan kita berjuang, andai rebah segera bangkit... if u are weak, please hurry to revive. teruskan tsabat dalam perjuangan. Kita mengejar result di hujung nyawa kita nanti terbaik sama ada duniawi dan uhkrawi. InsyaAllah.

0 comments:

No comments: