Wednesday, June 22, 2011

He is No OtHer

 salam mujahadah,

' ayahku x banyak katanya, lebih banyak kerjanya daripada cakapnya, namun sekali cakap, kadangkala menggegar hatiku, kerana bait2 katanya akan kembali mengingatkan aku kisah silam'

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kronologi,

sejak kecil ayahku sekeluarga ditinggalkan oleh ayahnya (atuk) , membuatkan hidup mereka dalam kesusahan. pendidikan pun tidak seberapa. cuma abg sulung dan abg keduanya mendapat pendidikan yang sempurna.

Ayahku tidak berpeluang, zaman persekolahannya berakhir di sekolah teknik. dengan sijil yang dimiliki, dia mengembara untuk mendapatkan kerja dan pengalaman.

waktu itu 1985, ke johor tempatnya memulakan kariernya, sebagai mekanik automobil. Perginya dari kampung halaman, bagan datuk, perak ke pasir gudang, johor, bukan dengan menaiki bas seperti insan lain yang ingin berhijrah ke kota,

dengan berbekalkan motosikal capuk yg diwarisi keluarga, perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam itu sampai ke destinasi, tidak disangka penghijrahannya ternyata berbaloi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
segalanya bermula,

permulaan memang menyukarkan, seorang diri, menyesuaikan diri dengan keadaaan sekeliling, tapi lama kelamaan, kesukaran dapat diatasi sikit demi sikit. Pengalaman hidupnya ketika kecil banyak membantunya. Ayahku mendapat kasih sayang daripada keluarga angkat di Johor, mungkin ehsan dari kawan sekerja yang memahami keadaannya.

tawaran ke Jepun

program pandang ke timur, telah membawa ayah ku ke negara matahari terbit itu, untuk mendalami dan mempelajari bidang yang diceburi, pulangnya selepas 2 tahun, telah menjadiknnya lebih berkeyakinan dan lebih matang lagi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kini

ayahku kini menginjak umur separuh abad. perkahwinan yang diikat sekitar tahun 90 an terus berpanjangan, dan kerana mereka aku dan 2 orang lagi adikku mengenali dunia ini. Sepanjang aku membesar, aku banyak belajar daripada memerhati ayahku dari sudut hidupnya, yang bersungguh-sungguh dan komited. alhamdulillah , Allah mengurniakan aku kefahaman dan kesedaran daripada pemerhatian aku tentang kedua-dua ibu bapaku ini.

ranjau yang perih..

sejak bangku sekolah rendah lagi, aku mula faham segalanya. ingat lagi, saat ingin menghantar aku ke sekolah rendah dulu, hanya lori usang menjadi kenderaan... seperti kanak2 yang lain, kereta yang hebat2 menjadi medium. aku tidak mengeluh tapi bertambah kuat...

memang fitrah seorang lelaki, dia tidak suka menampakkan kelemahannya dan dipandang begitu. ayahku, waktu sekolah rendah adalah waktu sukar baginya, kerja tidak menentu . Namun, ada sahaja wang untuk menampung keluarga, rezekinya, alhamdulillah. Tapi aku tidak minta lebih, kasut dan beg yang boleh dipakai, aku jaga dan pakai sampai koyak.

ada sampai 1 ketika, baju dan seluar sekolah agama, aku pakai sampai 'senteng' ,mak aku kata, tukar la, tapi aku menjawab, x payah rasanya , jawapan yang melindungi niat utk tidak menyusahkan ayahku itu.

pasca sekolah,

tamat zaman persekolahan membuatkan aku berniat untuk berkerja dengan ayahku. Melihat sendiri kesusahan ayahku dalam mencari rezeki memang satu peluang yg Allah berikan. Ternyata itulah hakikatnya;

Sememangnya ayahku dikurniakan dengan kemahiran yang serba-serbi, mekanik, plumbing, electrician, dan renovate rumah seperti tandas dan mengecat. aku percaya itu tidak lahir dari teori tetapi melalui pengalaman hidupnya. bagiku, dia seakan 'Macgyver'

tidak mengira kerja itu kotor zahirnya, outcomenya sedikit, tetapi pada dasarnya halal pekerjaannya. ada 1 ketika, aku bersama ayah membetulkan pintu rumah sampah di sekitar kuala lumpur.

Bayangkan, kalau orang kata sampah itu busuk dan bukan utk didekati, ayahku membelakangkan soal itu kerana di situlah pintu rezekinya. hari2 itu aku menjadi pembantu setianya.

dan ada sekali aku membantunya membaiki 'clutch' traktor,.. berminyak, campur berpeluh mengerjakan besi ini yang hampir seberat ratusan kg ini. ternyata bukan mudah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku belajar dari sikapnya,

biarpun hidup sukar, dia tidak pernah kedekut dengan senyuman dan peramah orangnya, senang didekati dan tidak ambil hati. Dan tidak kusangka, ayahku ini bukannya seorang yang berdendam..

kerana masakan tidak, setiap kali hari raya, dia masih lagi melawat ayah kandungnya yg 1 ketika dulu pernah meninggalkan keluarganya itu.. mengambil berat lagi pasal ayahnya itu meski kini ayahnya itu sudah kembali kepada Ilahi.

kendatipun byak kekurangan dari sudut mendalami serba serbi dalam bidang agama kerana keluarganya tidak terlalu menekankan, dia tidak segan belajar daripada ibuku , dan syukur kerana ilmu yg kutimba sewaktu di sekolah agama dulu,  dapat membantu ayahku itu.

---------------------------------------------
aku tahu ayahku tidak sehebat ayah2 lain di dunia ini yang semestinya kerja bagus2, berjawatan tinggi malahan
hebat lagi.
Tapi di mataku, dialah lelaki terbaik yang pernah aku temui dalah hidupku. terima kasih ya Allah kerana menjadi dia sebagai walidku.
semoga dirahmati dan diredhai dalam hidupnya. amin

  'biar dompet kita nipis, tapi jangan akhlak tu yang menipis'

  ' walaupun hidup kita ini susah, tapi lihat ada orang lagi susah dan menderita, bersyukur la '

'insyaallah, biarpun walid hanya seorang mekanik biasa, tapi anaknya nanti menjadi doktor islam yang luar biasa'

2 comments:

Unknown said...

alip,baba alip the best!!hehe

hilmi said...

allah mengurniakan rezeki kepada setiap manusia, cuma wasilahnya yang berbeza.