Wednesday, May 26, 2010

JIkA iNi OdISi HiDupKU ...aku ReDha Ya ALLAH

salam ukhuwah ,benih usaha+doa+tawakal yg dititipkan mengukir hasil yang indah di ladang amal. itulah janji ALLAH yang disuntik oleh ummi dan walid seawal darjah 1.. pedoman yang tidak akan ana lupakan , apatah lagi mengubah kesinambungan nisbah semaian hingga ghulaw 1 1 aspek sahaja.

'sesungguhnya solatku ,amalku , hidupku dan matiku hanya untukmu ya ALLAH' .... surah al-An'am ayat 162

kerap kali diungkap dalam doa iftitah , suka ayat ini...seperti melafazkan baiah yang suci dalam perjuangan hidup apatah lagi dalam menuntut ilmu.

akhirnya honeymoon pasca SPM dah berakhir , ramai sahabat sudah mula mengatur jalan ke U atau matriks , jurusan yang menuju ke arah aspirasi cita-cita. Awal-awal lagi matriks dh membuka tirai , hujung minggu lalu , kebanyakan universiti telah menerima kemasukan siswa baru untuk menjalani program asasi dan diploma.MySpace

hidup memerlukan kita mencari dan menjelajah seisi bumi ini mencari ilmu yang luas terbentang. Jika tidak begitulah kosong kehidupan ibarat padang pasir yang tersangat dahagakan air.

uitm puncak alam

UM , UIA , UiTM , dan sebagainya, adalah alma mater terbaik bagi sahabatku berjuang dengan seikhlasnya untuk mencapai aspirasi cita , biarlah ratapan kecewa dan gusar kerana di awalnya begitu menyukarkan (sbb dgr cerita orintasi UM sememang perih dan menyeksakan)
tetapi sekiranya di akhirnya kejayaan menanti , onak dan duri pun tabah dan sabar diredahi.
semoga istiqamah dan iman yang teguh sentiasa di hati.MySpace

tidak lama dulu , ramai sahabat ana sudah menerima tawaran ke timur tengah tajaan MARA dan JPA, awal lagi dah ditunjukkan jalan ke arah cita-cita , gembira berhambur cemburu ringan sbb sudah mula belajar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
MySpace

perasaan kecewa kerana tidak dapat mencapai apa-apa yang diinginkan tidak pernah lari dalam diri sesiapa pun , masakan dalam kamus hidup ana pun turut tercoret setiap kali.

Harapan menggunung yang dijulang , keyakinan yang hampir seratus peratus dalam tangan pasti dapat setelah semaksima usaha dikerah ,seperti keinginan itu sudah terperangkap dalam genggaman dan tiada peluang utk terlepas lari. Persepsi yang sering mendominasi dimensi fikiran bagi sesiapa pun yang ingin menggapai cita
.

Tidak disangka sangkaan melecet dengan begitu sahaja , malahan lebih parah lagi . Yang dikejar tak dapat , yang dikendong dirampas . Seperti itulah adat percaturan dan persaingan
setelah kecundang. Zero.' loser still loser ' , bisikan yang seakan-akan merayap di gegendang ,
seperti ada orang bangga melaung-laungkannya kepada ana.MySpace

mungkin ketika itu , angan dan sedar membawa ana bangkit , mungkin kurangnya permohonan yg perlu ana panjatkan kepada Ilahi , kesilapan terbesar ana yang patut ditebus segera. jurang yang terenggang perlu dirapatkan. astaghfirullah~

biarlah setiap selingan kita rebah , secepatnya kita bangkit , ada yang kembali meniupkan api sokongan ,semarak semangat , dan ketahuilah ALLAH pasti akan memberikan yang lebih baik seandainya kita tidak dapat yang baik daripada ini walaupun bukan kesempatan yang kita inginkan.

ALLAH tidak menciptakan 'kecewa' itu 1 tisu yang melekat di perdu hati sehingga membelenggu setiap kehidupan ,mujurlah ia hanya perasaan yang hanya hinggap dan lenyap setelah dibersihkan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

hidup ini terbentang banyak jalan dan pintu pilihan , kalau dah tertutup 1 , banyak lagi pintu yang masih terbuka , meskipun berkaitan dengan pengorbanan.

banyak kan surat? dari multinama kolej ternama yang mengisi setiap sudut warkah , SEGi ,
MMU , UNIKL , UNITAR dan sebagainya. Ana rasa sahabat yang lain pun turut menghadapi situasi yang sama dan kini mereka cuba menarik perhatian melalui panggilan telefon.

Maaflah kerana pintu-pintu yang banyak terbuka terpaksa dibiarkan ternganga tiada pendatang , mungkin ana bukan orang yang layak untuk memasukinya kerana ana tiada foundation FAMA( father mother ) yang mampu untuk menampung pembelajaran di kolej.MySpace

pilihan ana kini tertumpu pada 2 jalan , 1 jalan yang jelas dan 1 jalan yang masih samar , memandangkan kewangan yang tidak mengizinkan. KM. Penang tidak menjadi pilihan kerana UIA merupakan jalan terbaik ketika itu kerana sudah menjuruskan ana ke dunia perubatan yang diminati.

tiba hari yang dinanti , esok sabtu pendaftaran di UIA , segala persiapan sudah dibuat ,tiada 1 pun yg terlepas , cuma hati sahaja yang masih menunggu keputusan yang belum pasti berpihak kepada ana. Biasiswa JPA , mampukah?MySpace

dari detik ke detik , server internet ke laman eSiva ibarat trafik jam yang tegang. biarlah mereka dulu , sehinggalah senyuman dan air mata kegembiraan muncul tanpa disangka. alhamdulillah aku dapat ya ALLAH~

Mampukah hambamu menerima cabaran sebesar lautan pasifik ini ? meneroka negara sendiri pun belum habis , apatah lagi ingin meneroka negara Eropah yang sudah tentu penuh dengan pancaroba? sesungguhnya Engkau tidak menurunkan ujian yang tidak tertanggung oleh hambamu , Permudahkanlah urusan hambamu yang pergi menuntut ilmu untuk memperoleh keredhaanmu.

membantu ummah itu niatku , lafaz iftitah itu sandaranku...jika ini odisi hidupku , aku redha ya ALLAHMySpace
~destinasiku~

3 comments:

HH said...

Harishah likes this post.

mulakan momentum, accelerate dan istiqamah :)

JK Promosi said...

Kalau gi jepun pn boleh... xde hal lah nak rdah lautan pasifik ke eropah!

Mohd Zaid said...

alep boleh!!