SeLoNgKaR kali ini, nak menyelami 1 situasi di suatu tempat yang sering kali sesak dek orang ramai , berkerumun manusia untuk akses ke seluruh bandar.. lagi2 waktu puncak pada hari bekerja.
seronok sebenarnya naik pengangkutan awam ini , termasuklah saya yang telah meng'abdi'kan diri untuk selalu menggunakannya untuk 5 tahun lamanya.x payah fikir psal kenderaan , duit minyak segala, (skrg dh ada lesen pun , tapi masih cenderung untuk naik LRT )
Mudah , sempoi , pantas terus ke destinasi ( KTM out awal2 haha), itulah hemat saya dan mgkin orang ramai yang turut bersetuju.dah kata 1 komuniti bandar guna , maka tidak larilah ramai manusia dengan ragamnya yang pelbagai.
contoh simple kita ambil KL sentral... pusat transit yang x pernah lengang dgn kelibat manusia.
bayangkan di situ , 1 atmosphera kesibukan digambarkan , menghadirkan puluhan watak yakni manusia yang menghidupkan atmosphera itu dan rata-rata mereka berkarektor individualisme(penting diri) utk menyempurnakan hasrat dan destinasi yang ditujui..
di tengah-tengah kesibukan karektor-karektor ini menghasilkan senario mereka , ada cerita yang menyayat hati mewarnai segenap atmosphera itu..APAKAH?? secara sedar atau tidak sedar , mereka ini mungkin tidak dirasai kehadirannya tapi bagiku, mereka juga insan yang wajar diberi perhatian akan kewujudannya.
cerita 1 ::::
di sudut tempat duduk dlm LRT tu , ada seorang ibu yg masih muda usianya , membawa anak kecilnya dengan kereta sorongnya . Itulah sekilas pandangku setelah langkahku mara untuk masuk ke dlm kenderaan transit itu. Aku tercegat berdiri berdekatan insan ini sambil berpaut pada tali getah pemaut.
tetiba ada tangan yang merentap seluarku beberapa kali dari bawah , seperti mendorongku untuk menunduk ke bawah , kuturutkan saja hasratku itu.
kulihat , ada anak kecil sedang cuba menghulurkan tangan utk bersalam kpdku , bukan kpdku seorang , malah beberapa orang mak cik di sekitarnya. subhanallah , mesranya budak itu...
tapi kemesraannya tidak semesra insan yang normal , apabila meratapi riak mukanya yang iras seperti insan istimewa, atau lebih saintifiknya, menghidap down syndrome. Sayu tengok budak cilik itu beriya-iya menghulurkan tangannya berkali-kali utk bersalaman.
' kak , bape umurnya ?' tanyaku ,
dengan tenang dlm senyuman ,' umurnya dah 3 tahun skrg' , jawabnya.
kata hatiku memang benar. masakan sudah berumur 3 tahun masih lagi duduk di kereta yang biasanya membawa bayi berbulan umurnya. alahai adik kecil , ssungguhnya , adik x de dosa sejak dilahirkan. Lahirnya adik di muka bumi ini akan mewarnai dan menjadi insan berguna yang akan memperjuangkan islam. siapa tahu??
lihat wajah ibunya itu , tidak menunjukkan anaknya itu sebagai beban, dan tampak sudah lali dan menerima seadanya anaknya itu. itulah mahalnya naluri keibuan yang wujud dalam diri wanita itu sebab sekarang ini naluri keibuan begitu mudah untuk dicampak. Natijahnya, tu yang anak dibuang di sana- sini padahal anak itu normal lagi. respect lah kak!
cerita 2 :::
dalam ramai-ramai yang keluar dengan tergesa-gesa , ada pak cik tua yang langkahannya perlahan , memegang tongkat sambil mencari-mencari arah tujuan.
segalanya pantas, meninggalkan insan ini keseorangan ,baginya kata hati yang memimpin. kasihan dia , kalau aku berada di tempatnya , sudah pasti aku terkontang-kanting dibuatnya.
aku x dapat membantu saat itu, sebab arah kita bertentangan.. mujurlah ada manusia mulia yang membantu pimpin sekurang-kurangnya menuruni tangga itu menggunakan eskalator.
mungkin kebiasaan membuatkannya berani untuk menghadapi dunia yang mencabar ini. Implisitnya, keberanian insan ini kadang kala melebihi manusia normal yang lari dari cabaran dunia sebenar. Meskipun mereka ada kekurangan yang ketara seperti cacat penglihatan.
outcome
cerita yang pendek dan bermakna untuk saya selitkan dalam SeLoNGKaR 2.. ada orang tiada rasa apa2 tentang ini padahal berlaku depan mata kita. Biarkan kata hati kita berbicara dan
memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
dah la ..wallahu'alam
p/s: ada gak laki x tau malu msuk koc tengah walaupun dah diberi peringatan yang kerap.