Salam mujahadah.
"Terima kasih dengan generalisasi manusia. Segalanya yang diaturkan mudah dengan bibit perkataan yang keluar. Jika diiktiraf lagi bagus. kini aku dibelenggu."
Generalisasi, tidak aku katakan itu tiada baiknya. Yakin dan percaya, generalisasi itu perlu dan tertulis. Al-Quran ada tersurat generalisasi yang Allah ungkapkan. Aku ambil itu sebagai pedoman kerana terkandung perintah untuk kulaksanakan sebagai hamba'
......"Ya ayyuha'nas,(wahai sekalian manusia)...."
......" ya ayyuhal lazi naamanu " (wahai orang-orang yang beriman )...
bertanya pada diri, siapakah pembuat generalisasi itu dan kepada siapakah sasarannya? mencipta gaya bahasa yang spesifik untuk memperihalkan perkara itu. Andai ada kajian dan fakta yang sahih serta didukung oleh kalamullah dan sunnah rasullullah, dipersilakan.
aku meraikan penyataan begitu. jauh sekali untuk menolak lagi memberontak.
takut dan kaget apabila generalisasi ini dicanang oleh orang yang bukan arifnya tentang sesuatu. Dengan sesuka hati, laungan ini tersebar dan meresap dalam jiwa marhaen tanpa usul periksa. Akhirnya, menjadi suatu kebenaran yang asalnya hanya ciptaan nista manusia. Mudahkan begitu. Astaghfirullah.
Memang benar, aku dan engkau adalah insan, memiliki rambut sama hitam, jari sama lima.
sepanjang hidup kita, tidak pernah sunyi daripada kesilapan.
namun, aku merintih dengan kejahilan segenap manusia yang melihat segalanya sama pada perspektifnya. andai kesalahan dilakukan tidak kira kecil atau besar, seseorang itu terus dihukum dengan 1 hukuman yang setimpal atas segalanya.
andai segenap manusia itu dipalit sesuatu kesilapan, maka terus-terusan dikatakan semua manusia pasti dipalit dengan kesilapan yang sama
andaian demi andaian yang membuta tuli.
" alah pemimpin, sana sini sama aje, last-last makan suap.
" dia pun pernah bersosial, clubbing dan sebagainya dulu macam aku, walaupun sekarang dh berubah, ada hati nak nasihat dan pimpin aku? "
pendirianku.
kalau anda melihat kesemuanya sama dalam soal kredibiliti ini misalnya, fikirkan sejenak. memang benar insan itu ada sisi silapnya dan mungkin lari dari kebenaran. Namun, aku berpegang bahawasanya ada lagi insan-insan/ kumpulan yang menghampiri kebenaran yang jelas. oleh sebab itu, aku masih meletakkan kepercayaan padanya.
dan ayuhlah berselektif dengan menghadapi generalisasi ini, perlukan ilmu dan pegangan yang kukuh agar nanti dapat mengetahui benar atau palsu
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ
فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا
فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
(الحجرات:6)
Wahai orang-orang yang Beriman, apabila
datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah
dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum
karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah
kalian lakukan (al-Hujurat:6)
p/s: post kali ini tersirat 1000 sirat. jom hayati lirik lagu ini :)
0 comments:
Post a Comment